215 PESERTA SUNATHON SARAWAK

Bintulu, 30 November – Seramai 215 kanak-kanak dan remaja berjaya dikhatankan dalam misi Sunathon Sarawak oleh Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik Malaysia) dengan kerjasama Yayasan Ikhlas. Misi kali ini berfokus di beberapa kawasan daerah Bintulu termasuk Song, Kapit, Belaga dan Sungai Asap dengan jumlah peserta tertinggi di Sungai Asap iaitu 62 orang. Misi ini bermula 24 November hingga 29 November.

Kumpulan I-Medik disertai oleh sukarelawan terdiri daripada doktor pakar, doktor perubatan dan lain-lain yang diketuai oleh Dr. Mohd Naqib Napis mendapat kerjasama baik daripada Pejabat Kesihatan Bahagian Kapit.

Doktor Mohd Naqib Napis, salah seorang sukarelawan dan ahli I-Medik Malaysia berharap agar orang ramai terus menyumbang untuk misi-misi sunathon dan bantuan perubatan akan datang. Sumbangan boleh disalurkan kepada I-Medik Malaysia menerusi laman sesawang www.imedik.org atau terus ke Facebook I-Medik Sarawak.

Leave a Comment