IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Antara Misi Kemanusiaan dan Kesukarelawan

Berikut di kongsikan kandungan forum anjuran I-Medik Mesir bersama Dr. Mohamad Nor Sundari dan Dr. Hasbe Zuraina Abu Bakar (pasukan perubatan misi bantuan Aman Palestin) yang berada di Mesir semasa Misi Perubatan ke Gaza

[Misi Bantuan Kemanusiaan]

Moderator: Apakah perbezaan antara misi kemanusiaan (humanisme) dan kesukarelawanan (voluntarisme) ?

Misi kemanusiaan tidak sama dengan sukarelawan.Pelajar-pelajar perubatan, House Officer (HO) boleh melibatkan diri dalam bidang kesukarelawanan tetapi untuk misi besar seperti misi kemanusiaan ,ia lebih memerlukan kepada kepakaran doktor-doktor pakar (specialist) dan subspecialist untuk merawat mangsa-mangsa perang yang mengalami kecederaan teruk kesan daripada tembakan dan pengeboman. Kebanyakkan mangsa memerlukan pembedahan khusus yang tidak
mampu dilakukan oleh doktor biasa.

Moderator: Kepakaran apakah yang diperlukan dalam misi kemanusiaan?

– surgeon – general sugeon,urologist, vascular surgeon, neurosurgeon,
– orthopedics
– anesthesist
– psychiatrist
( dapat membantu menangani Post Traumatic Stress Disorders (PTSD) tetapi ia lebih kepada negara yang menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris kerana tidak wujud masalah language barrier )

Moderator: Pendorong untuk menyertai misi kemanusiaan?

– perasaan ingin membantu saudara seIslam dan menyumbang kepada orang lain seperti yang disabdakan oleh Nabi SAW:

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.”

Buat pengetahuan semua, Dr Hasbe Zuraina Abu Bakar adalah orang pertama yang mendaftarkan diri untuk menyertai bantu kemanusiaan ke Gaza apabila I-Medik mengiklankan tawaran tersebut di facebook.Dan perkara pertama yang beliau tanya adalah, adakah I-medik mahu membawa doktor wanita ke Gaza?

Kita perlulah mencontohi sikap yang tunjukkan mereka-mereka ini yang begitu bersemangat,sanggup bekorban dan bersegera untuk membantu orang lain.

Setiap seorang dari kita perlulah ada kesedaran untuk menyumbang kepada orang lain dan antara cara yang dapat dilakukan khususnya oleh pengamal-pengamal perubatan untuk menyalurkan bantuan adalah dengan menyertai bantuan kemanusiaan.

Leave a Reply