MENU

Comments (0) Info Sihat, Kerjaya

Anugerah Blue Ribbon Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia

22.11.2019, Jumaat |

Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia i-Medik telah menerima Anugerah Blue Ribbon oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di atas sumbangan dan kerjasama dalam kempen bebas asap rokok.

Majlis Anugerah Blue Ribbon 2019 anjuran KKM dan MyHealth ini diadakan di Hotel Marriott Putrajaya, 22 November 2019.

I-Medik telah diwakili Dr Ahmad Farid Nazmi, Pengerusi i-Medik KL/Selangor untuk menerima plak penghargaan daripada YB Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Ini merupakan kali kedua I-Medik menerima Anugerah Blue Ribbon bagi kategori NGO selari dengan pelbagai penglibatan I-Medik dalam jawatankuasa bersama polisi bebas asap rokok dan penganjuran program-program kesedaran berhenti merokok seperti Fun Ride Say No To Tembakau and Vape bersama dengan MyHealth.

I-Medik mengucapkan terima kasih kepada KKM dan MyHealth di atas penganugerahan ini yang pastinya akan menjadi pemangkin untuk terus menjadi advokasi kerajaan dalam polisi kesihatan dan pada masa yang sama mendidik rakyat dalam isu-isu kesihatan.

#imedik
#imedikklselangor
#membinatamadunperubatanislam
#kkm
#myhealth
#saynototembakauandvape

 

Leave a Reply