MENU

Comments (0) Kerjaya

Bakal doktor perlu tingkatkan komitmen dalam kerjaya

Snapshot 14 (10-2-2012 2-41 PM)

Bangalore, 7 November – Suasana pengamal-pengamal perubatan masakini di tanahair cukup merisaukan. Ini dilihat dari kualti kerja yang makin menurun  di kalangan pengamal-pengamal perubatan terutamanya yang baru tamat pengajian. Senario ini mungkin berlaku disebabkan pengamal-pengamal perubatan masakini lebih mementingkan gaji dari kerjaya dalam perubatan itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, Prof Madya Dr Zainurrashid Zainuddin, Timb Pengerusi Sekretariat Luar Negara ISMA menyeru pelajar perubatan di sini untuk lebih komited dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pengamal perubatan. Ini boleh dilakukan dengan sentiasa mengingati hakikat bahawa tugas seorang doktor bukan sekadar merawat pesakit, tetapi juga untuk memastikan pesakit berada dalam keadaan yang tenang emosinya. Beliau menjelaskan bahawa nisbah jumlah doktor dengan pesakit di tanahair adalah tidak setanding, maka seandainya seorang doktor hanya bekerja 8 jam sahaja, sudah semestinya masa yang diluangkan bersama pesakit akan dikurangkan, walhal pesakit memerlukan doktor untuk mendapatkan dorongan dan semangat untuk mengharungi penyakit yang dihidapi.

Beliau berkata demikian di hadapan sekitar 100 pelajar perubatan dari International Medical College, Management Science University di sini.

 

Forum “Medicine Coffee Talk” ini juga telah disertai oleh Dr. Naziah Haron dari i-Medik, yang juga merupakan isteri kepada Prof. Madya Dr Zainurrashid. Program ini adalah anjuran bersama Sekretariat Perhubungan Luar Negara ISMA dan Islamic Youth Association (IYA) Bangalore, dan telah dipengerusikan oleh Sdr. Anas Aminin, Timb. Pengerusi IYA Bangalore.

Pelbagai pengalaman dikongsikan semasa forum tersebut, antaranya ialah tentang halatuju kerjaya sebagai graduan perubatan dari India, dan juga pengalaman mengharungi“housemanship” di Malaysia yang dikongsikan oleh Dr Naziah.
Dr Zainurrashid juga turut menekankan bahawa disiplin adalah aspek penting dalam kerjaya sebagai doktor. Tanpa disiplin, tidak mungkin seorang doktor akan mampu mencapai kecemerlangan dalam kerjaya mereka. Beliau menyatakan bahawa alam pekerjaan sebagai seorang doktor sebenarnya jauh lebih mencabar jika dibandingkan dengan alam pengajian.

Rata-rata pelajar memberi sambutan yang baik semasa forum berlangsung. Ini dapat dilihat dari pelbagai persoalan yang diajukan kepada ahli panel semasa sesi soal jawab.

Leave a Reply