MENU

Aktiviti
Category

1183

Medicine, The Road Taken

Aktiviti

10/02/2014

Alor Setar, 8 Februari – Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik) Cawangan Kedah telah menganjurkan program motivasi yang bertajuk ‘Medicine: The Road Taken’ bertempat di Bilik Seminar Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Program selama 2 jam tersebut telah dihadiri oleh 40 orang House Officers.

 

Menurut Pengarah Program, Dr Tahirah tujuan sesi ini diadakan adalah sebagai satu pencerahan serta panduan kerjaya selaku seorang pegawai perubatan.

imedik kedah 4

Slot motivasi tersebut telah disampaikan oleh Dr Murizah Mohd Zain selaku Consultant Obstetrician & Gynaecologist HSB merangkap Pengerusi I-Medik Kedah. Perkara menarik yang dikongsikan oleh beliau adalah bagaimana untuk menjadi seorang pengamal perubatan yang bertanggungjawab & berdedikasi. Antara bekalan yang diperlukan adalah cita-cita yang tinggi, keazaman yang panjang serta persiapan mental yang kental. Menurut beliau lagi, “Apabila kita hidup untuk diri kita sendiri, maka kehidupan itu singkat dan kerdil, tetapi apabila kita hidup untuk orang lain iaitu hidup untuk satu perjuangan, sesungguhnya kehidupan itu panjang lagi dalam”

imedik kedah 3

Seramai 15 keahlian baru I-Medik telah diterima pada program tersebut.

Read article

1231

Pelajar perubatan AUCMS sertai I-Medik anjur karnival kemasyarakatan

Aktiviti

30/12/2013

HOSBA (KUBANG PASU), 29 Dis – Seramai 15 pelajar tahun akhir jurusan perubatan dari Allanze University College of Medical Science (AUCMS) Pulau Pinang turut serta dalam Karnival Kesihatan Masyarakat yang berlangsung di perkarangan Masjid Hosba, Napoh, baru-baru ini.

hosba
Program kemasyarakatan anjuran I-Medik Kedah ini bertujuan memberi peluang masyarakat desa di sini membuat pemeriksaan dan saringan kesihatan secara percuma. Selain itu, masyarakat di sini juga berpeluang mendapatkan kaunseling kesihatan dan bertemu dengan doktor-doktor pakar.

Antara yang hadir bersama masyarakat ialah Pengerusi I-Medik Kedah, Dr. Murizah Mohd Zain dari Hospital Sultanah Bahiyah dan Pengerusi I-Medik Pulau Pinang, Prof. Madya Dr. Madya Dr. Mohamad Zaki Ibrahim, pensyarah dari AUCMS.

Turut serta ialah Dr. Zulkifli Yusof dari Hospital Sultanah Bahiyah yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Alor Setar.

Program bermula seawal 8.00 pagi dengan dihadiri masyarakat desa yang rata-rata baru pulang dari sawah dan ladang.

Selain saringan kesihatan, ceramah kesedaran kesihatan berkaitan kencing manis dan panduan pemakanan seimbang juga diadakan. Untuk kanak-kanak pula, aktiviti mewarna, hafalan surah lazim dan pendidikan memberus gigi turut dijalankan.

Read article

1346

Karnival Khidmat Masyarakat ‘Bersama Prihatin Masyarakat Felda’

Aktiviti

03/08/2010

Program sulung biro i-Medik, ISMA bersama masyarakat felda yang dinamakan ‘Karnival Khidmat Masyarakat’ dengan tema: ‘bersama prihatin masyarakat felda’ telah diadakan di Felda Bukit Kuantan, Kuantan, Pahang pada 30 Julai hingga 1 Ogos yang lalu.

Program selama 3 hari 2 malam ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Seramai lebih dari 160 orang peserta dan tetamu yang datang daripada universiti-universiti dalam dan luar negara telah terlibat dan majoriti adalah pelajar perubatan. Royal Perak Medical College dari Ipoh, Perak telah menghantar kumpulan pelajar teramai iaitu seramai 54 peserta termasuk 2 pelajar berbangsa Cina. Ini diikuti dengan pelajar-pelajar dari Universit Islam Antarabangsa, Mesir, Jordan, Korea, Eropah dan lain-lain negara.

 

Program ini menampakkan kerjasama erat antara ahli ISMA dan kepimpinan penduduk di Felda Bukit Kuantan. Ianya telah terlaksana dengan kerjasama Sekretariat Antarabangsa ISMA (SekTAR), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamtan Kampung dan Jawatankuasa Masjid Felda Bukit Kuantan, Pahang. Juga mengambil bahagian ialah Bank Darah Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Klinik Pendengaran UIAM, Jabatan Optometri UIAM dan Klinik Kesihatan Bukit Goh.

Majlis Perasmian Program telah dirasmikan oleh Nizam Ramli dari Pejabat En Nordin (dari kanan) pengurus Felda, En Mokhtar Ahmad (Pengerusi JKKK), Dr Mat salleh, ? (pengurus Felda Bukit Sagu), Dr Mohd Nor (Pengarah Karnival), En Nizam Ramli (wakil Pengurus Besar Felda Wilayah Kuantan) dan En Jantan Abu Bakar (Pengerusi Masjid Bukit Kuantan) sewaktu membuat lawatan ke pameranBesar Felda Wilayah Kuantan yang telah mewakili Pengurus Besar yang tidak dapat hadir pada hari berkenaan. Belau amat mengalu-alukan program sebegini dan mengucapkan tahniah kepada semua agensi yang terlibat atas kerjasama yang baik. Program kemasyarakat di Felda perlu diteruskan pada masa hadapan.

Penduduk bergotong-royong melapah daging lembu yang telah disembelihProgram ini meliputi aktiviti seperti anak angkat, pemeriksaan kesihatan, pemeriksaan gigi, derma darah, klinik pendengaran, ceramah kesihatan, pertandingan-pertandingan seperti memasak untuk wanita, mewarna untuk kanak-kanak dan Explorace untuk remaja setempat. Sukaneka dan riadhah juga telah diadakan untuk kanak-kanak di Bukit Kuantan dan para belia setempat.

majlis penyerahan anak angkatAntara aktiviti yang memberi impak dalam merapatkan hubungan ahli  ISMA dengan masyarakat adalah program anak angkat. Rata-rata penduduk felda berpuas hati dengan para peserta sehingga ada yang sanggup menerima lebih dari 4 anak angkat. Seramai 138 pelajar telah menjadi anak angkat yang melibatkan 48 keluarga.

Dr Zainurrashid sewaktu memberikan ceramah 'air mata Palestin'

Isu Palestin juga diketengahkan pada malam Ahad selepas solat Maghrib. Slot ini telah dinamakan ‘Air Mata Palestin’. Dr Zainur Rashid Zainuddin dari Aman Palestin telah memberi ceramah menerangkan isu-isu terkini Palestin. Ceramah dan tayangan multimedia yang telah mengambil masa lebih kurang 2 jam.

Program diakhiri pada hari Ahad, 1 Ogos dengan program gotong-royong dan Majlis Perasmian Penutup yang telah disempurnakan oleh En Nordin Harun selaku pengurus Felda Bukit Kuantan.

Read article