MENU

Aktiviti
Category

Seminar Kebangsaan Kesihatan Seksual bagi Institusi Tahfiz

Aktiviti

08/08/2019

NANTIKAN!

Seminar Kebangsaan Kesihatan Seksual bagi Institusi Tahfiz
Tarikh : 28 Ogos 2019
Bertempat di : Fakulti Ekonomi & Muamalat, USIM

Seminar Kebangsaan buat julung kalinya dianjurkan oleh WAFIQ dengan kerjasama Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (PINTA) dan disokong oleh USIM, I-Medik, WADI dan PACU.

Jemput semua hadir dan mendaftar segera di pautan :

http://bit.ly/sihatseksualtahfiz

Read article

502

BENARKAH ADA PENYAKIT EMOSI?

Aktiviti

07/08/2019

 

Emosi, mood adalah sesuatu yang secara zahirnya adalah di dalam kawalan sedar manusia. Betul kan, kita selalu fikir bahawa kitalah yang mengawal sama ada untuk berasa sedih, gembira, cemas, dalam apa-apa situasi.  Benar, Tuhan menjadikan manusia sebagai makhluk yang bijak dan mampu secara voluntary untuk menentukan perasaan mereka. Fungsi ‘ high brain centre’ membuatkan kita mampu berfikir baik buruk sesuatu perasaan, dan kita dapat mengawal tindak tanduk daripada dipengaruhi oleh emosi kita.

 

Ya, secara zahirnya beginilah yang difahami oleh kebanyakan orang. Emosi adalah untuk diurus oleh manusia. Mereka yang gagal mengurus emosi akan cenderung untuk terbawa-bawa dengan perasaan negatif & memberi implikasi pada kehidupan.

 

Namun tahukah anda bahawa di dalam ilmu perubatan, ada keadaan di mana sistem kawalan emosi seseorang tidak dapat berlaku dengan baik. Mengakibatkan emosi seseorang tidak lagi berada di radar sedar mereka. Saya pasti anda pernah berdepan dengan mereka yang pernah beritahu mereka rasa sedih berpanjangan tanpa ada sebab, rasa cemas yang melampau dan tidak mampu dikawal, ada juga yang terlalu positif, energetik sehingga tidak mampu untuk membuatkan dirinya ‘berehat’, tidak dapat tidur diwaktu malam, tidak dapat mengawal idea-idea yang datang dalam minda mereka.

 

Ya, ia benar- benar wujud. Inilah yang disebut di dalam dunia perubatan sebagai ‘ Mood Disorder’ yang mana emosi, perasaan bukan lagi dibawah kawalan seseorang. Kebiasaannya bagi manusia apabila berhadapan dengan situasi tertentu, tekanan atau stress akan memberi signal kepada badan untuk bersedia dengan keadaan. Perasaan sedih, marah, risau sebenarnya adalah salah satu tanda dimana badan sedang berhadapan dengan keadaan baru. Apa yang berlaku sebenarnya di dalam badan kita adalah sesetengah hormon akan meningkat dan menyediakan diri kita untuk hadapi stress, tetapi semuanya adalah dibawah kawalan ‘ high brain centre’ iaitu bahagian otak yang mampu membezakan baik & buruk. Maknanya, manusia masih dapat mengawal emosi selepas menganalisa baik buruk tindakannya. Maka ada manusia yang meredakan perasaan sedih dengan menangis, atau melepaskan perasaan marah secara positif dan sebagainya.

 

Namun untuk mereka yang diuji dengan penyakit ‘mood disorder’ seperti kemurungan, anxiety, maniac, sistem kawalan ini telah terganggu dan mereka tidak lagi dapat mengawal secara sedar. Gangguan ini menyebabkan badan gagal mengawal paras hormon yang mengawal emosi seseorang. Maka terjadilah kesedihan melampau tanpa ada sebab, rasa gembira melampau, rasa cemas tanpa sebab. Malah pesakit boleh menangis dan berasa sedih tanpa sebab, boleh menjadi agresif dan marah yang melampau.

Mereka bukan buat-buat. Mereka juga bukan gagal untuk menguruskan emosi. Tetapi mereka sebenarnya dalam keadaan penyakit yang dikatakan sebagai ‘mood disorder’. Keadaan begini memerlukan rawatan daripada doktor. Mereka memerlukan ubat & sokongan luar untuk mengawal emosi mereka.

 

Makan ubat untuk kawal emosi?

Ya. Bagi pesakit mood disorder mereka mesti mengambil ubat dan rawatan seperti yang digariskan oleh para doktor. Kesilapan besar para pesakit adalah kerana mereka gagal memahami bahawa penyakit ini bukan sekadar mengawal stress dalam kehidupan. Ketidakseimbangan hormon yang berlaku perlu dirawat, perlu dipastikan berada dalam keadaan normal supaya bahagian otak yang terlibat dapat berfungsi  dengan baik, dan pesakit dapat mengawal emosi dalam keadaan sedar.

 

Patofisiologi ini yang seringkali disalah tafsir oleh masyarakat. Kita merasakan penyakit berkaitan dengan emosi ini 100% adalah dalam kawalan sedar manusia; maksudnya kita boleh urus.

Benar, jika kita sihat kita akan mampu untuk mengurus emosi kita. Otak kita bila didalam keadaan optimum akan mampu untuk berfikir dan atasi tekanan. Namun kita juga harus menerima bahawa bagi seseorang pesakit Mood Disorder, mereka bukan di dalam keadaan optimum untuk mengurus, kerana itu simptom- simptom berlaku. Ibaratnya seperti wayar yang menyambungkan otak dan perasaan terputus, maka perasaan bergerak sendiri tanpa dapat dikawal. Tugas doktor adalah untuk memulihkan kembali litar ini supaya pesakit dapat mengawalnya sendiri semula seperti manusia normal yang lain.

 

Makanya,

Adalah paling utama untuk kita fahami bahawa penyakit emosi bukan dibuat-buat. Ternyata ramai pesakit yang tidak mahu mendapatkan rawatan kerana takut dikatakan gagal mengurus emosi, atau takut dilabel lemah. Stigma ini perlu diubah. Ibarat penyakit fizikal yang lain, tubuh badan kita fizikal & emosi memerlukan hak untuk kita pelihara. Sekiranya perlu mendapatkan rawatan, maka adalah tuntutan bagi kita untuk mendapatkannya. Gagal dirawat akan menyebabkan keadaan yang lebih teruk, seperti juga ibarat diabetes yang tidak dikawal tidak diubati juga akan melarat.

Begitu jugalah dengan penyakit emosi. Adalah amat penting bagi seseorang individu untuk sedar akan simptom-simptom yang tidak normal pada dirinya, dan mengambil langkah mendapatkan rawatan.

 

Marilah kita sama-sama membantu diri dan juga mereka yang disekeliling kita, bawalah berjumpa dengan doktor sekiranya anda mendapati simptom-simptom yang tidak normal berlaku pada mereka. Self Awareness, adalah kunci pertama dalam mendapatkan kesihatan mental yang baik. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan tampil mendapatkan rawatan & tidak lagi segan dengan stigma.

 

Dr Nadiah Norudin

(Aktivis I-Medik Shah Alam)

Read article

376

DARJAH 4, KETAGIH VAPE : APA PUNCA?

Aktiviti

26/07/2019

Jangan lupa saksikan program ANALISIS dengan tajuk
DARJAH 4, KETAGIH VAPE : APA PUNCA?
yang akan dikupaskan oleh Prof Madya Dr Rafidah Hanim, Pensyarah Perubatan USIM dan juga merupakan Naib Presiden 2 I-Medik..

Jumaat 26/7/2019 (Esok), Jam 10 Malam

Read article

LGBT : Genetik atau Persekitaran ?

Aktiviti

22/07/2019

Promo Pagi Pertiwi | 22 Julai 2019 jam 10 pagi

– – – – – – – – –
Whatsapp: http://bit.ly/TvPertiwiWA
Facebook: fb.me/TvPertiwi
YouTube: youtube.com/TVPertiwi

 

Read article

321

Haramkan Penjualan Gula-Gula Ghost Candy

Aktiviti

21/07/2019

Gula-gula yang dikenali sebagai Smoke Candy atau Ghost Candy dikhuatiri mampu mendorong mereka terdedah kepada tabiat merokok di usia muda

https://m.utusan.com.my/…/haramkan-penjualan-gula-gula-bera…

Sumber : Utusan Online

Read article

Kempen Perang I-Medik terhadap fenomena Vape di kalangan pelajar

Aktiviti

21/07/2019

 

Ibu/Ayah/Guru boleh melaporkan kedai/premis/penjaja yang menjual Ghost Candy atau Smoke Candy pada link di bawah

 

http://fsq.moh.gov.my/v6/xs/maklumbalas.php

Read article

KONVENSYEN GENDERFIQH 2019

Aktiviti

17/07/2019

DAFTAR SEKARANG KONVENSYEN GENDERFIQH 2019

Seperti tahun sebelum-sebelum ini Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) sekali lagi akan membawakan kepada anda Konvensyen Fiqh Kesihatan Gender 2019 yang bertemakan “Menangani Kecelaruan Gender & Orentasi Seks dari Sudut Pandang Islam dan Kesihatan.

Anjuran Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) 
dengan kerjasama Akademi Kajian LGBT,(INFAD)
International Fatwa And Halal Centre (iFFAH),USIM,Serta
Agensi-agensi Kerajaan dan Bukan Kerajaan

Konvensyen Fiqh Kesihatan Gender 2019 (GENDERFIQH 2019)

Bakal menampilkan tokoh-tokoh seperti:
– Sahibus Samahah Dato’ SeriDr.Zulkifli Mohamad Al-Bakri Mufti Wilayah
-Dr Salmiah Bt. Mad Sharif (Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Seremban
-Prof Madya Dr Siti Aishah Hassan,(Pakar Kaunseling Keluarga,Universiti Putra Malaysia)
-Professor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, (Naib Presiden I-Medik dan Ketua Akademi Kajian LGBT USIM)
-Sdr Fatihah Hani Binti Jamhari,(Ketua Biro Undang-Undang dan Hak Asasi WAFIQ)
-Prof. Dr. Irwan Mohd Subri,(Pengarah Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD) Universiti Islam Malaysia USIM)

Antara Topik-Topik Yang Menarik Bakal Dikupas :
+Ucaptama: Hifzul Nasab dari Perspektif Maqasid Syariah
+Impak Kecelaruan Gender & Orientasi Seksual Dari Perspektif Kesihatan
+Kecelaran Gender dari Perspektif Psikologi, Pendekatan Ibubapa dan Solusi/Gender Euphoria

dan banyak lagi topik-topik menarik untuk dikongsi bersama.

Turut disertakan kuiz, cabutan bertuah, pameran dan saringan kesihatan mental.

 Mata CPD dan Sijil disediakan untuk semua peserta

Pendaftaran dan urusan pembayaran di
http://bit.ly/GenderFiqh2019

?Hubungi Dr Putra 0132522109 atau Dr Hilman 0182546360
? email imedikevent@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

 Share dan Like FB I-Medik

JOM DAFTAR SEGERA

#genderfiqh2019
#imedik
#berilahharapan
#bukandiskriminasi

Read article

325

Sila Duduk, Jangan Lari (Buli Siber)

Aktiviti

23/06/2019

Jangan lupa saksikan rancangan Sila Duduk Jangan Lari dengan topik BULI SIBER yang akan bincangkan oleh PU Abu (Penceramah Bebas) bersama Dr Rozanizam (Pakar Psikiatri & Pensyarah UIAM Kampus Kuantan dan juga merupakan Jawatan Kuasa Pusat I-Medik)..
Tarikh : 24 Jun 2019
Waktu : 10 Malam
Siaran : TV AlHijrah

Read article