MENU

Motivasi
Category

2554

Isteri, ibu, da’i dan pakar perbidanan sakit puan

Motivasi, Utama

28/07/2014

Hari ini saya membaca catatan yang dibuat oleh Prof Zainurrashid tentang keperluan doktor muslimah dalam bidang Sakit Puan (Rujuk di sini). Apa yang dikatakan oleh beliau adalah tepat sekali. Saya telah menjadi Pakar Sakit Puan sejak 2001, walaupun saya tidak mempunyai bakat menulis seperti beliau saya cuba nukilkan bait-bait kata di sini supaya catatan pengalaman saya ini dapat menjadi inspirasi untuk adik-adik muslimah yang lain untuk turut berada dalam bidang ini.

Mungkin sejak kecil lagi saya bercita-cita saya ingin menjadi doktor supaya boleh melakukan pembedahan untuk mengeluarkan bayi kerana ketika itu saya adalah anak bongsu dan kehendak untuk mempunyai adik sebagai teman sepermainan adalah cukup tinggi. Allah mengizinkan cita-cita saya tercapai. Dengan keputusan SPM yang baik saya meneruskan perjalanan akademik dalam bidang perubatan dan akhirnya memperolehi segulung ijazah kedoktoran dengan Pingat Emas Universiti ( Gold Medal) dari UKM.

Sebagai Houce Officer

Pada tahun 1994, karier saya sebagai seorang doktor pelatih (house officer) pun bermula. 1 tahun yang cukup penat. Ketika itu dalam satu jabatan hanya ada 6-7 orang housemen dan bagi setiap wad hanya ada 1-2 housemen. Ingat lagi ketika di posting pembedahan, saya bertolak ke wad sebelum subuh dan balik hanya selepas maghrib; itu tak termasuk hari yang on call. Tidak melihat matahari terbit dan tidak juga melihat matahari terbenam selama hampir 4 bulan. Namun,posting O&G ketika itu tidak dapat menyuburkan minat saya kerana tidak banyak pengalaman yang dapat ditimba.

Detik-detik pertama bersama O&G

Tahun 1995, saya dan suami ditukarkan ke Hospital Seri Manjung, Perak. Mulanya saya ditempatkan di Jabatan Sakit Luar dan tidak lama selepas itu saya diminta masuk ke Jabatan Sakit Puan (O&G). Saya rasa ini sebenarnya adalah perancangan dan penyusunan dari Allah s.w.t yang Maha Menyusun, Mentadbir dan Mengatur perjalanan hidup hambaNya. Hanya ada 2 orang pegawai perubatan O&G di Hospital Seri Manjung; saya dan Dr M tetapi ada seorang pakar perubatan swasta yang akan memberikan perkhidmatan jika ada kes-kes yang perlu di’consult’. Bermulalah karier saya sebagai pegawai perubatan O&G. Saya ingat lagi saya disuruh belajar cepat-cepat sebab minggu depan saya sudah terpaksa melakukan on-call. Lalu saya terus naik ke bilik pembedahan kerana terpaksa belajar cara untuk melakukan Caesarean (salah satu kaedah bersalin). Kes pertama dan kedua – saya hanya melihat; dan kes ketiga – saya lakukannya!! Dr. M suruh saya buat, lalu terkial-kialah saya belajar, berpeluh–peluh untuk “scoop” kepala bayi, berpeluh-peluh pula untuk tie knot (membuat simpul di akhir jahitan). Saya masih ingat sampai sekarang bagaimana saya dimarahi oleh doktor bius (aneasthetist) kerana lambat melakukan tie knot. Lalu selepas habis kes saya duduk di bilik bersalin, ambil mop yang masih belum digunakan lagi dan belajar bagaimana melakukan tie knot. Jururawat yang melihat saya merasa kasihan lalu memberikan suture catgut yang lama dan saya terus belajar dan belajar sampai saya boleh melakukan tie knot dengan baik. Alhamdulillah saya berjaya berkhidmat kepada pesakit dengan baik selepas ketika itu.

2 tahun dalam bidang O&G membulatkan tekad saya bahawa InsyaAllah saya akan menyambung belajar dalam bidang ini kerana ia adalah adalah fardhu kifayah. Alhamdulillah, suami saya memahami dan ibu bapa memberi sokongan. Saya ingat lagi kesukaran-kesukaran yang terpaksa dialami tetapi mungkin Allah datangkan penyelesaiannya dengan rasa redha dan tenang. Satu ketika pernah saya balik pada pukul 1.30 pagi dari pembedahan, suami mendukung anak di luar rumah kerana anak yang menyusu badan ini tidak dapat ditenteramkan lagi oleh ayahnya. Hati seorang ibu menangis melihat anaknya menangis tetapi hati ini harus ditenteramkan kerana ada cita-cita yang harus dikejar. Mudah-mudahan suami saya turut berkongsi pahala saya. Dalam kejadian lain, ketika takbir di hari raya pertama, saya yang on-call terpaksa membawa Maisarah; anak sulung yang ketika itu berusia 6 bulan ke bilik bersalin untuk melalukan forcep sebabbabysitter bercuti raya. (Maisarah menyaksikan dari ‘prem’nya kelahiran instrumental; nak letak dia jauh-jauh takut dia mengamuk pula!). Hati saya pilu mendengar takbir raya tetapi itulah pengorbanan yang dapat saya hulurkan ketika itu. Alhamdulillah, Allah memberikan kekuatan kepada saya melalui usrah dan daurah yang saya hadiri bersama teman-teman di Manjung.

MRCOG dan pengajian Master

Allah menyusun lagi perancangan hidup saya; Dr. M memberi borang untuk saya isikan supaya kami berdua boleh sama-sama mengambil Part 1 MRCOG. Saya kurang faham masa itu tapi atas arahan senior, saya pun mengisi borang dan membayar yuran peperiksaan. Pada masa yang sama, saya dan suami diterima masuk untuk Program Sarjana di USM. Dipendekkan cerita, saya lulus peperiksaan tersebut dan dengan adanya Part 1 MRCOG saya dikecualikan dari mendudukiPart 1 Master. Sebenarnya itu juga adalah anugerah dari Allah untuk memudahkan urusan hidup saya.

Kehidupan di waktu Master O&G adalah cukup mencabar; sebagai ibu, pelajar, pekerja, daie dan lain-lain tanggungjawab. Saya terpaksa belajar menguruskan masa dengan baik dan belajarmultitasking. Alhamdulillah sebenarnya kita mampu untuk melakukannya jika kita mempunyaihimmah aliyah (semangat yang tinggi). Saya berkeyakinan bahawa faktor utama yang memberihimmah aliyah ini adalah kerana nawaitu dan matlamat ukhrawi. Jika di renung balik sekarang saya tahu saya tidak mampu melakukannya tanpa pertolongan dari Allah swt.

Tahun-tahun di Master adalah latihan (training) yang menuntut kekebalan jiwa dan fizikal. Setiap 4 hari wajib on call dan selepas on call kerja macam biasa. Post call bagi seorang perempuan adalah waktu yang sangat penat kerana saya juga perlu memenuhi tanggungjawab kepada anak dan suami. Saya selalu mencuri waktu di tempat kerja untuk membaca buku dan setiap pesakit yang saya rawat adalah buku saya. Atas rezeki dikecualikan dari peperiksaan Part 1 Master, di ketika kawan-kawan menduduki peperiksaan, saya membuat proposal kajian dan mencari bahan kajian yang biasanya dibuat pada tahun 2 dan 3 dan alhamdulillah ianya dapat disiapkan tanpa penagguhan.

Saya juga tidak merasakan Master adalah halangan untuk kita tidak melakukan kerja-kerja lain. Alhamdulillah saya dan suami dapat terlibat dengan pelajar universiti USM; kami biasa melakukan usrah di asrama dan di rumah. Saya bersama-sama mereka juga terlibat dalam khidmat masyarakat yang kalau diimbas kembali sekitar 1999 khidmat masyarakat dilakukan hampir sekali atau 2 kali sebulan. Saya harap adik-adik yang pernah bersama saya dalam sesi usrah masih kental dan jitu perjuangan dan kehendaknya pada Deen ini. Tidak dapat dinafikan sistem tarbiyah pada masa itu tidak sebaik dan sistematik seperti sekarang dari sudut teknikalnya tapi sentuhan dan ’basah’nya kalimah dan pesanan sentiasa menjadi pendorong dalam langkah dan tatih perjuangan.

Master juga bukanlah penghalang untuk kita menjalani kehidupan sebagai sebuah keluarga. Anak kedua, Basyirah dan ketiga, Abu Ubaidah lahir ketika saya di dalam program Master. Takkan sepanjang Master kita tak mahu menambahkan zuriat; sebab bila umur makin bertambah nanti kesuburan akan menurun pula. Memang sukar sebab sistem ketika itu ialah jika mengambil cuti bersalin (42 hari ketika itu) maka program Master perlu ditangguhkan/extend untuk 6 bulan lagi. Jadi untuk kedua-dua anak tersebut saya mengumpulkan cuti tahunan saya berjumlah 30 hari (tidak ambil sebarang cuti lain untuk tahun itu) supaya saya dapat bercuti bersalin selama 30 hari dan selepas 30 hari bila balik bekerja sudah melakukan on call. Sebenarnya sistem ini tidak baik kerana walaupun secara fizikal saya rasa sihat tetapi kasihan pada bayi yang masih kecil dan menyusu. Selalunya suami akan menjadi milkman yang akan datang mengambil susu yang diperah untuk dibawa pulang kepada bayi.

Tetapi sekarang keadaan sudah bertambah baik di mana hampir semua pegawai perubatan saya diberikan cuti selama 6 minggu dan Masternya tidak perlu ditangguhkan. Saya juga merasakan (mudah-mudahan suami juga mengiakan) bahawa saya tidak pernah mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan anak-anak. Boleh kata hampir setiap hari saya memasak kerana suami tidak suka makan di luar. Kita harus pandai menguruskan waktu dan cekap ’multitasking’. Sempat juga selalunya saya membawa ketiga-tiga anak untuk riadhah; di Kelantan (Pantai Cahaya Bulan) adaswimming pool yang mesra muslimah. Pantai Sabak dan Pantai Bachok adalah tempat yang selalu kami pergi untuk melepaskan lelah perjuangan.

Kita bukanlah superwomen dan dengan limitasi yang ada kita tidak mampu menguruskan rumahtangga dengan sendiri. Saya amat bersyukur pada Allah kerana memberi saya pembantu rumah yang baik. Sepanjang 4 tahun Master, beliau membantu menguruskan hal ehwal rumahtangga; tetapi beliau hanya membantu sahaja tetapi ’manager’nya masih saya. Urusan pendidikan anak-anak, menguruskan makan minum anak dan suami masih saya rasa tanggungjawab dan saya selesa menguruskannya sendiri. Biarlah bibik menyelesaikan urusan kebersihan rumah, mendobi dan lain-lain yang teknikal dan kita haruslah berterima kasih kepadanya yang telah membantu kita.

Tahun terakhir dalam program Master adalah mencabar; mencabar kerana saya dan suami akan menduduki peperiksaan; mencabar kerana berhadapan dengan anak-anak yang semakin membesar (6, 4 dan 1 tahun). Saya masih ingat ketika saya dan suami ke library pada study week,anak yang kedua yang memang lantang sedikit berkata, “Tak ada kerja lain ke; kerja baca buku sahaja?” Memang tersentap hati mendengarnya tetapi selepas pujuk dan selalu cerita pada anak anak bahawa ibu dan ayah ni perlu belajar supaya jadi doktor yang lebih pandai supaya boleh tolong orang; mereka selalunya faham. “Ibu kena belajar supaya dapat lahirkan bayi dengan baik dan pastikan emaknya sihat. Kasihan bayi tu kalau emak dia tak sihat, kan?” adalah ayat lazim saya pada anak-anak.

Hati ibu memang akan menangis apabila terpaksa meninggalkan anak-anak tetapi saya selalu kuatkan tekad dan keazaman. Saya akan maksimakan waktu yang ada. InsyaAllah setiap saat adalah waktu yang berharga yang perlu digunakan sebaiknya. Sebab itu waktu study memang saya gunakan baik-baik untuk melakukan study groupdiscussion, membaca jurnal dan sebagainya. Pada waktu yang sama, kami akan sentiasa menghadirkan diri dalam program yang telah disusun untuk tarbiyah. Mungkin keseimbangan inilah yang memberi kekuatan; ‘what you have given, you’ll get back’. Akhirnya kami lulus dalam peperiksan Master. Saya menjadi pelajar terbaik bagi bidang saya ( O&G) dan suami saya menjadi pelajar terbaik bagi bidang yang beliau ceburi.

Masa kini

Banyak lagi yang ingin saya kongsikan dengan adik-adik sekalian tetapi mungkin pada lain kali. Perjuangan ini belum selesai dan setiap hari kita perlu hidupkan jiwa pejuang kita. Saya kini telah 11 tahun menjadi pakar dan saya akan terus berada di sini untuk mendidik dan melatih supaya lahir di sana jiwa-jiwa yang kental dan tabah serta mempunyai ilmu yang mantap bukan sahaja sebagai pakar sakit puan tetapi lebih dari itu sebagai seorang wanita beriman.

Saya bersetuju dengan resolusi Prof Zainurrashid;

  1. Saya berharap lebih ramai doktor-doktor muda muslimah yang akan menceburi bidang ini.
  2. Sokongan suami dan keluarga (doktor muslimah ini) adalah sangat penting dan inilah di antara faktor yang memungkinkan doktor pakar wanita terus berkorban untuk memberikan khidmat bakti kepada masyarakat wanita yang memerlukan mereka. Secara peribadi saya pasti suami akan menyokong jika tanggungjawab sebagai isteri dan ibu tidak kita abaikan. Jadilah wanita yang kuat dan memahami awlawiyatnya. Buktikan diri anda baik dan boleh berhadapan dengan cabaran, pasti suami akan redha dengan perjuangan anda. Jika anda berkeluh kesah, mengadu domba segala kepayahan dan kesukaran pasti suami yang menyayangi anda tidak redha anda berada dalam kesusahan dan kepayahan, maka pasti akan bersikap antagonis.
  3. Pihak kerajaan dan Kementerian Kesihatan mestilah mempunyai strategi dan perancangan yang tersusun bagi memenuhi keperluan umat Islam ini. Saya berdoa di beri kekuatan oleh Allah swt supaya terus berada di sini dan menjadi mereka yang terlibat dalam membuat polisi-polisi dalam KKM.

… dan resolusi-resolusi yang lain.

Sebagai tambahan, saya rasa adik-adik perlu sentiasa memperbetulkan niat; sentiasa berdoa kepada Allah supaya Allah memberi kita kekuatan; sentiasa menghormati dan menghargai suami, anak-anak dan keluarga; sentiasa menghargai masa yang ada dan menggunakannya sebaik-baiknya; sentiasa sistematik dalam bekerja dan belajar; sentiasa belajar untuk multitasking; sentiasa meniupkan ruh perjuangan dalam diri anak-anak; sentiasa memahamkan anak-anak bahawa ibu berkerja bukan untuk ‘mendapat ganjaran’ tetapi memberi pertolongan untuk orang lain dan sentiasa muhasabah serta audit setiap kejadian. Semoga perkongsian ini dapat dimanafaatkan oleh mereka yang masih terfikir-fikir tentang masa depannya dalam bidang perubatan. Yang baik dari Allah swt.

Oleh:
Dr. Murizah Mohd Zain
Pakar Perubatan Reproduktif
Pakar Perunding Perbidanan dan Sakit Puan
Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar, Kedah

Read article

1405

Bakul Ramadhan 1435H – Satu Coretan Keinsafan

Motivasi

15/07/2014

Alhamdulillah kerana Allah mengizinkan saya sekeluarga untuk turut serta dalam Program Bakul Ramadan anjuran ISMA Cawangan Alor Setar pada kali ini. Kami mendapat 10 nama keluarga seperti yang telah diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu.

Pengalaman berkunjung ke rumah keluarga yang tidak bernasib baik ini menyuntik keinsafan di hati dan menambahkan rasa syukur di atas segala nikmat yang telah Allah curahkan pada kita. Saya kongsikan pengalaman menziarahi 2 keluarga di sekitar Jitra yang menyentuh perasaan saya.

Kes 1: Kasih ibu tiada taranya 

Kedatangan kami ditunggu di tepi jalan oleh seorang ibu sambil mendukung seorang anak kecil berusia 2 tahun dan diekori oleh seorang lagi berusia 3 tahun. Ibu berusia 40 tahun ini telah 2 tahun hidup sebatang kara membesarkan 6 orang anak berusia antara 2 dan 16 tahun dengan mengambil upah menjahit baju serta membantu di kantin sekolah. Suami tempat bergantung masih ditahan reman hampir 2 tahun kerana kesalahan memiliki dadah ganja.

??????????

Sepanjang 2 tahun ini beliau terpaksa memikul tanggungjawab untuk menyara dan memberi kasih sayang pada anak-anak. Wajah sayu anak-anak menggambarkan kedukaan mereka hidup dalam kesempitan. Mujurlah ada sedikit bantuan dari JKM sebanyak RM450 sebulan untuk membantu persekolahan anak-anak.

Melihat kes ini menambahkan kebencian saya pada najis dadah. Bagaimana seorang yang terjebak dalam kes dadah menerima akibat termasuk anak-anak yang terpaksa hidup dalam derita. Semoga masyarakat tidak menghukum keluarga ini atas kesalahan ayah mereka yang masih kesnya di muka pengadilan. Semoga nasib anak-anak ini terbela dan kita semua terus menghulurkan bantuan supaya mereka keluar daripada kepompong kemiskinan.

Kes 2: Kasih ayah membawa ke syurga

Ketika melihat profil keluarga yang akan diziarahi ini saya sedikit terasa kelainan kerana jarang seorang ibu meninggalkan anak-anak termasuk yang masih kecil untuk dijaga oleh seorang ayah tunggal.

Ketika sampai, kami disambut oleh abang paling dewasa; seorang anak muda yang akan menduduki peperiksaan SPM. Wajahnya menampakkan kedewasaan dan sifat tanggungjawabnya. Sambil menunggu si ayah yang keluar mencari rezeki dengan mengambil upah memotong rumput, kami sempat berkenalan dengan 7 orang anak daripada keluarga ini.

Berusia 18 tahun dengan yang sulung berada di UiTM Arau dan yang paling kecil berusia 3 tahun, ketujuh-tujuh anak ini dijaga oleh si ayah setelah ibu pergi entah ke mana. Enggan menceritakan lebih lanjut tetapi jelas rasa sayu kelihatan di wajah anak-anak ketika ditanya tentang ibu mereka.

bakul1

Sebagai seorang ibu yang juga mempunyai anak kecil berusia 3 tahun, saya tidak dapat menyembunyikan rasa pilu melihat si kecil dijaga oleh abang dan kakak tanpa seorang ibu tempatnya bermanja. Saya tidak dapat membayangkan bagaimana seorang ibu betah meninggalkan anak-anak yang masih kecil untuk mengubah haluan hidup dan meninggalkan mereka tanpa bertanya khabar dan berita.

Si ayahlah yang memikul tanggungjawab memasak, menguruskan rumah, menghantar anak-anak ke sekolah, menjaga si kecil berusia 3 tahun dan setelah anak pulang ke sekolah pada sebelah tengahari, si ayah keluar mencari rezeki dengan memotong rumput sambil tugas rumah diambil alih oleh anak-anak.

Mesin rumput yang digunakan terpaksa dijual ketika anak sulung ingin memasuki universiti dan buat masa ini, si ayah terpaksa meminjam mesin rumput daripada seorang kawan.

Inilah kisah 2 keluarga yang saya lawati pagi tadi. Banyak lagi kisah dalam masyarakat kita yang tidak kita ketahui, kecuali kita turun ke padang dan merasai kesempitan kehidupan mereka.

Saya mengambil.kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang Bakul Ramadhan. Semoga apa yang telah anda sumbangkan dapat meringankan penderitaan keluarga yang tidak bernasib baik ini.

Ini merupakan pengalaman bermakna untuk anak-anak saya supaya mereka dapat menghargai nikmat kesenangan yang Allah berikan kepada mereka dan supaya mereka menjadi generasi yang cakna ummah.

Ini permasalahan dalam masyarakat kita sedangkan banyak lagi permasalahan di luar sana seperti isu Palestin dan Syria, yang perlu kepada keprihatinan daripada kita semua.

Dr. Murizah bt Mohd Zain
Pengerusi I-Medik Kedah

Read article

2220

What I learn during my housemanship

Motivasi, Utama

07/07/2014

Housemanship.

We embarked the journey, with muchhh rumours and impressions from other people.

Nervous.

Excited.

Scared.

On my first week, I was nerve-wrecked.
On my first month, I wanted to quit.

It seemed impossible, when I don’t know so many things. I felt useless, I highly doubted myself.

I called for all the help I could get. Luckily, I got all the support from family and friends who continuously were offering me good inspiring words and keep pushing me to hold on.
Then after one year I assure you, it felt like I just sailed through.

Like my father once said, the first half is as hard as climbing a mountain, but the other half…. you just enjoy the ride.
And then..what? I’m gonna be a medical officer? Gulp!

Here’s some lessons I learnt during my housemanship.

1. It is okay not to know everything, YET.

This is a training period after all. They don’t expect us to know it all. But never stay complacent there. Quickly search for answers of things you don’t know. Ask, ask and ask. Keep asking and looking for answers. There’s a list of topics we’re expected to master by the time we finish every posting. Those are things we’ll be most likely to encounter in our future practice. So identify what we don’t know today. And work on it. Never ignore the problem.

2. The boss is not out there to screw you.

Nope. They just want to do their job, as the rest of the staff.  We come to work everyday, aiming to finish our tasks on time, so we can go home and spend quality time with our beloved. Earlier during my internship I remembered I was really bad at remembering cases, not to mention my lack of general knowledge that the boss used to scold me. I constantly think of running away. I was afraid of certain bosses. I however went to Head of Department and told him I want some time off because i don’t think I’m ready.

You know what did the boss say?

He said, “Don’t take it personally. We have nothing against you. It’s just that when you don’t do things properly, it is our job to correct you. Our method of teaching may varies. But it’s nothing against who you are as a person. Keep fighting. You’ve got to identify your problem, and face it head on.”

I went on working, having palpitation each day, but day by day I found that I got better.

As I become more senior it was clearer to me, that really, as we climbed up the ladder we have bigger responsibilities. We’re in charge of more staff, and of subdivisions. So the boss now, trust me to do my morning rounds properly and simply present to him the summary of the problems at hand, so he quickly plan the next step of management. We can have bedside teaching if the time permits. Even have breakfast together.

The Keyword: efficiency and efficacy.

3. We work as a team.

A good morning review by house officer will identify problems. Based on problems presented, the supervisors will be able to plan proper management. Nursing staff and house officer will execute plan and the regular monitoring of patient. Supporting staff help ensure patient’s comfort. It’s teamwork, where all participants need to cooperate and contribute.

In some of the hospital wards, things can be very hectic. Sometimes I feel like “The Flash” superhero running around the wards. Sometimes we queue over the computer to make reports and discharge summaries, the phone to book appointments and make referrals. From the moment the morning ward round finished, it was like…… Get, set, and Go! Tick tock….. tick tock….. we’re racing with time.

Amidst that crazy race, sometimes we did forget our manners. We didn’t manage to say Please, and Thank you. We pursed our lips and believed it was enough as a smile, and sometimes even making eye contact was a tremendous effort. Yes. Sometimes we did feel we’re the busiest person in the world. Worse, if that comes along with a sour face, snappy mouth and offensive gestures. Gossips are never good. They’re juicy but they’re never healthy. Good communication is the key. Be supportive and if in need, ask help politely. Because everyone like to feel needed, and appreciated. And a good team is alot like family.

4. Patient is number one.

With that motto in mind, we serve.

Patient is our customer. Always keep patient informed of his condition, our plan of treatment. Ensure he knows what he is dealing with. Often in our race of time, we only get to do the minimum. We learn to speak very fast. Sometimes I do wish I can just play a voice recorder for some common procedure explanation and advices. Sometimes we tell patient off for not eating medications properly, for not coming for regular wound dressing, etc.

We need to manage a lot within office hours; refer to the physiotherapist, call the insurance company to ensure payment is settled before patient discharged, making summaries, that sometimes we may not  adequately inform patient positions to avoid, how long he need to wear the cast, and how to care for it, etc.
Patient need to know. Because he is taking the drugs we prescribe. He is wearing that cast. He is living the disease. He is taking that risk he is not aware of.
The diabetic is going to get retinopathy, nephropathy, neuropathy. That stage, you have seen it coming. It comes faster with poor glycemic control, if only he’d known. He’d been taking his medications only occasionally, and his meals to his liking. Until he got ketoacidosis. If only he knew.

5. Work hard, play harder!

The two years of housemanship is a period with odd working hours and no real definition of a weekend!
After some time you got into the routine of automode – sort of being a zombie. Work. Eat. Sleep. And repeat till the endposting holiday.
It is a test to see if you can tolerate that life. Because, no, we are actually not alone. When I take early morning flight I see the toll gate girls, the bus and taxi drivers, airport crews, and many more who have odd shifts hours too. They are alive and so are we.

It is easy to be lost and play zombie, drained of motivation and passion.

Just carry on. And suddenly you realised that the time passed.

Don’t dread the days. Don’t fret how you don’t have a life in such routine each day.

Learn to enjoy the little things, i.e the free food the nurses kindly brought to share in pantry.

Find ways to refresh. Go for shopping or hair treatment on your postcalls.

Recharge with support from your beloved.

Plan endposting holidays beforehand and set free during the break.

Then start again the next day, or the new posting,  fully energized.

6. Aim high, and shooottt!

Two years may feel like forever in the beginning, on weekends and public holidays, but it will pass. Your turn will be over, and they will be others taking their turn to learn and experience. We will then be expected to serve bearing full responsibility, together with our name and practice license number.

We see many patients of various cases everyday. There are much to explore, so venture and find our niche. Take professional exams if we may, a fast track on becoming a specialist.
Ask the experienced. They know where the gold pots and the holes are.
Know your interests and passion. Work will take half and maybe more of our day. That’s equal to most of our life. We’ve got to find some place where we can love and be loved, and belonged. Then we can perform well, AND enjoy it!

It’s only two years of our life.
But make it worth. Better yet, make the best of it. May success be with us. Amiiiiinnnn.

Dr Liyana Yasmin
Pegawai Perubatan,
Klinik Kesihatan Selising, Pasir Puteh, Kelantan

Read article

1096

Tips thabat dalam dakwah untuk Doktor Pelatih dan pengamal perubatan lainnya

Motivasi

15/04/2014

Ramai yang tanya saya dahulu, bagaimana caranya untuk thabat di jalan dakwah walaupun sibuk bekerja sebagai doktro? Ada yg bertanya masih dikalangan student perubatan, ada yang dah bergelar Houseman dan ada yang berada di bidang lain.
Lama juga saya berfikir tentang jawapannya. Saya juga pernah berbincang dengan rakan-rakan perubatan yang juga bergelar Daie.  Hasil dari pengalaman yang lama dan perkongsian dengan rakan-rakan, diharap beberapa tips ini boleh membantu :
1.    Letakkan dari awal keutamaan bahawa dakwah dan tarbiyah tetap No 1 dan kerjaya tidak akan diabaikan
Ramai pelajar perubatan apabila mula bekerja sebagai Houseman telah tersilap meletakkan keutamaan mereka. Semasa pelajar  mereka mampu meletakkan dakwah sebagai keutamaan (walaupun begitu pelajaran tidak dilupakan). Tapi, apabila masuk ke alam pekerjaan, “demand” daripada pekerjaan yang mengambil banyak masa mereka menyebabkan mereka tersalah keutamaan. Kerjaya menjadi isu yang utama dalam kehidupan mereka dan Tarbiyah menjadi perkara yang kedua.Apabila peringkat awal telah meletakkan dakwah sebagai  perkara yang kedua, maka tentulah lama-kelamaan ia akan dilupakan disebabkan oleh kesibukan kerjaya.

2.     Sentiasa merasa izzah dan mulia dengan dakwah ini.
 
Kadang-kadang kita segan untuk meminta bantuan kawan-kawan untuk menggantikan kita supaya kita dapat pergi usrah. Tapi kita tidak segan untuk meminta bantuan mereka jika kita ada perkara duniawi lain yang perlu kita lakukan. Jika kita merasa izzah dan mulia dengan dakwah ini, pasti kita akan merasa mudah untuk meminta bantuan rakan untuk pergi Usrah. Tetapi jika sebaliknya, maka kita akan merasa segan untuk bertukar shif untuk pergi usrah.
3.        Cuba selaraskan masa bekerja untuk dakwah dan bukannya mengorbankan  dakwah untuk meraikan kerjaya/masa kerja.
Realiti hidup sebagai houseman memang memenatkan.  Bayangkan kita perlu bekerja jauh melebihi lapan jam seperti orang yang bekerja di pejabat. Ini akhirnya nanti akan memenatkan fizikal seorang houseman dan selalu dijadikan alasan untuk tidak pergi usrah dan program-program tarbiyah.
Sebenarnya, jika kita teliti, boleh saja masa kita bekerja disesuaikan supaya kita dapat hadir program tarbiyah. Jika shif kita bertembung dengan usrah, kita boleh minta supervisor/mereka yang menyusun shif bekerja untuk mengosongkan malam apabila kita perlu pergi usrah. Begitu juga, kita boleh juga bertukar shif dengan kawan-kawan houseman. Jikalau kita sanggup bertukar shif kerana urusan peribadi, kenapa kita tak dapat bertukar shif untuk urusan dakwah?
4.    Buat catatan tanggungjawab dakwah dalam satu nota, lihat dan lakukan senarai itu paling kurang sekali sehari.
 
Selain dari keletihan fizikal, houseman juga akan menghadapi kepenatan mental. Hal ini kerana, tempoh bekerja  yang lebih lama, selalu dimarahi dan berfikir menyebabkan minda kita akan kepenatan.  Kepenatan mental akan menyebabkan akal kita akhirnya tiada ruang untuk berfikir tentang dakwah.
Cara untuk mengatasinya ialah sediakan satu catatan tanggungjawab tarbiyah kita. Dari situ, cubalah lihat dan buat apa yang diperlukan sekali sehari pada masa yang tetap. Luangkan paling kurang 15-30 min masa kita untuk menyelesaikan semua perkara berkenaan. Selepas habis, tumpukan semula pada kerjaya kita. Catatan itu akan menjadi peringatan kepada kita untuk tetap menjalankan tanggungjawab dakwah kita dan supaya ia tidak terus dilupai di dalam kesibukan kita.
Begitulah serba sedikit tips yang boleh saya kongsikan. Namun, saya rasa tips yang paling baik sekali ialah tips yang diberikan oleh bekas murabbi saya dahulu. Sebelum saya balik ke Malaysia selepas sahaja habis belajar,  murabbi saya ada berpesan, “ Sesibuk macam manapun dengan urusan Houseman anta, cubalah jangan meninggalkan usrah, kerana itulah ikatan terakhir kita dengan dakwah.”
Akhirnya, tips terakhir yang saya nak kongsikan di sini ialah, “Cubalah konsisten untuk menghadiri usrah mingguan  anda.”
Semoga bermanfaat untuk umat
Dr Mohd Khairol bin Jambli
Pengerusi I-Medik Sarawak
YDP Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)  Cawangan Kuching

Read article

1291

Lebih daripada sekadar merawat pesakit

Motivasi

12/11/2013

Saya pernah mengalami pengalaman pahit apabila dimasukkan ke sebuah hospital daerah di Johor ketika berusia 5 tahun. Hiba rasanya hati apabila terpaksa berpisah dengan ibu yang sentiasa mengambil berat dengan anak lelakinya yang nakal ini.

Saya dinasihatkan supaya berpuasa selama 3 hari (NBM) sambil dibekalkan air melalui ‘IV drip’ disebabkan radang usus akibat kenakalan sendiri. Namun layanan yang saya terima daripada kakitangan hospital adalah baik.

Pada hari yang ke 4, saya didatangi oleh seorang doktor muda yang murah senyuman. Bukan sahaja dia membawa berita baik bahawa saya boleh mula makan dan minum secara berperngkat, bahkan dia telah menyuapkan beberapa sudu air ‘milo’ ke dalam mulut saya yang sangat kering.

Subhanallah, Alhamdulillah, nikmatnya dapat meminum air setelah 3 hari berpuasa. Apatah lagi disuapkan oleh seorang doktor muda itu sendiri. Sebaik sahaja keluar dari hospital, saya memberitahu abah dan emak bahawa saya ingin menjadi doktor apabila dewasa kelak dengan hasrat untuk merawat dan menggembirakan para pesakit…..

(Entah siapa nama dan di mana doktor yang sangat baik itu agaknya? Yang pasti saya meyakini bahawa pahalanya sangat banyak kerana dia telah berjaya membentuk laluan hidup saya dengan izinNya).

Setelah 2 dekad bekerjaya di bidang yang mulia ini, saya tidak pernah sekali pun merasa kesal atau menyesal dengan memilih kerjaya yang memerlukan ketabahan dan pengorbanan yang berpanjangan. Bahkan saya dapati bahawa laluan kerjaya yang
panjang ini memberikan banyak peluang untuk memberatkan timbangan mizan di akhirat kelak melalui :

1-Merawat pesakit, masyarakat, juga untuk ahli keluarga sendiri
2-Mendidik para penuntut perubatan dan sains kesihatan
3-Melatih pengamal perubatan muda (juniors)
4-Menghasilkan kajian untuk kegunaan masyarakat dan negara.
5-Memberikan khidmat sosial dan kemanusiaan di peringkat lokal, regional dan internasional.
5-Memberi nasihat, pandangan dan kritikan terhadap polisi dan dasar pentadbiran kepada pembuat polisi.

Dr Nazri Kahar Lebih daripada sekadar merawat pesakit....

Apa yang saya harapkan daripada para pengamal perubatan dan sains kesihatan bersekutu yang memilih kerjaya ini agar berusaha melakukan penambahbaikan terhadap diri sendiri, meningkatkan etika dan profesionalisma dalam bekerjaya serta bersedia untuk berkorban untuk masyarakat dan negara yang memerlukan perkhidmatan dan kemahiran anda.

 

Oleh Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin

Read article

1082

Pasangan doktor mithali

Motivasi

10/02/2013

Alhamdulillah ketika berkembara ke utara semenanjung di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang baru-baru ini, saya berkesempatan untuk bertemu dengan sahabat lama saya, Dr Zulkifli Yusof (ZY) dan Dr Murizah Mohd Zain (MMZ).

Bagi saya, mereka berdua adalah pasangan doktor yang boleh dicontohi oleh anak-anak generasi muda di dalam banyak perkara.

1-Akademik :

Dr ZY dan Dr MMZ adalah merupakan mantan pelajar dan mahasiswa yang konsisten dan cemerlang di dalam sejarah pengajian mereka. Dr DY adalah merupakan pemenang pingat emas sarjana dalam bidang ENT dan Dr MMZ pula adalah merupakan pemenang pingat emas di bidang sarjana Obstetrik & Ginekologi.

2-Kerjaya :

Dr ZY kini adalah merupakan seorang Pakar Perunding ENT (ear, nose & throat) dan isterinya pula, Dr MMZ pula adalah merupakan Pakar Perunding Perbidanan & Sakit Puan. Mereka berdua kini bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. Mereka berjaya menjawat jawatan pakar perunding ketika usia yang masih muda berdasarkan prestasi akademik, kerjaya dan professionalisma yang dimiliki mereka berdua.

3-Aktivis dakwah

Pasangan bahagia ini adalah merupakan aktivis dakwah dan aktivis kemasyarakatan yang sentiasa bekerja gigih untuk membina masa depan Islam sejak daripada zaman persekolahan mereka sehingga ke hari ini. Mereka berdua memegang pelbagai posisi penting di dalam NGO dan tugasan kebajikan yang lain.

4-Kekeluargaan

Keluarga bahagia Pasangan doktor mithali....

Keluarga bahagia pasangan mithali

Saya berkesempatan menziarahi mereka beberapa kali dan bersekempatan untuk melihat dan menyaksikan ‘kemenjadian’ 6 orang anak-anak mereka yang membesar dengan penuh kemesraan, suasana yang soleh, berbakat kepimpinan serta cemerlang di dalam bidang akademik sebagaimana ayah dan ibu mereka.

5-Pautan agama

Saya melihat betapa mereka adalah pasangan suami-isteri dan pemimpin keluarga yang sentiasa berpaut kukuh kepada Islam di dalam kehidupan seharian mereka di dakam setiap aspek kehidupan.

Saya amat berkeyakinan bahawa anak-anak muda generasi digital kini boleh menjadikan mereka berdua sebagai pasangan pendakwah professional yang mithali…

Saya doakan agar mereka terus istiqamah dalam menyumbang kepada Islam dan umatnya.

 

Oleh Prof Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin

Read article