MENU

Utama
Category

1367

1707

Istihalah dan unsur babi: Terma teknikal dan kaedah fiqh – Prof Azizi Ayob

Kolumnis, Utama

11/06/2014

Prof-Azizi-Ayob
Penulis rasa terpanggil untuk memberi sedikit pendapat berkenaan isu terkini yang diperkatakan oleh golongan ulama’ dan para cendiakawan tersohor berkenaan ‘istihalah’ dan unsur babi dalam makanan dan gelatin. Ini juga rentetan daripada isu coklat Cadbury yang pada awalnya pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan 2 sampel coklat tersebut telah disahkan positif mengandungi DNA babi.

Penulis terlibat secara langsung dalam menjalankan kajian penyembelihan halal dan pembuatan halal gelatin di New Zealand pada 2008. Semenjak itu, penulis juga terlibat sebagai ketua penyelidik farmaseutikal produk halal dan diskusi halal bersama JAKIM serta HDC yang dijalankan di negara kita.

Penulis tidak berniat ‘menyanggah’ fatwa Dr Yusuf Al-Qaradawi, dan secara jujur dan rendah diri akan merujuk keputusan Majlis Fatwa Malaysia, dan cuba melihat di mana logik dan teori sains berperanan dalam isu ini.

Di akhir tulisan ini, sangat diharapkan, pihak umum akan memahami ‘terma teknikal dan kaedah fiqh itu’ dan contoh-contoh bahan dan aplikasi konsep ‘istihalah’ yang sangat berkait rapat.

Istihalah dan perkembangan sains dan teknologi

Perkembangan sains dan teknologi dalam pembuatan makanan dan ubat-ubatan secara tidak langsung menyebabkan para cendiakwan serta saintis Islam lebih bersikap progresif dan peka dengan perkembangan yang ada. Sesuatu ketetapan hukum terutama yang berkaitan soal sains dan teknikal, mahu ataupun tidak, perlu mendapat ‘input’ yang tepat daripada pihak saintis.

Konsep istihalah ini sebenarnya datang dari sumber Al-Quran, di mana Allah SWT berfirman dalam surah al-Nahl ayat 66:

“Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pengajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari pada apa yang berada dalam perutnya (berupa) susu yang bersih antara tahi dan darah, yang mudah ditelan bagi orang-orang yang meminumnya.”(al-Nahl: 66)

Konsep istihalah dapat dilihat dalam ayat ini (al-Nahl 66), iaitu aspek bahawa susu yang dihasilkan oleh binatang ternakan adalah halal walaupun ia berada di antara najis dan darah haiwan berkenaan. Susu itu terhasil daripada makanan yang dimakan oleh haiwan tersebut yang kemudiannya dicernakan di dalam perut di mana sebahagiannya menjadi darah, daging dan susu, manakala selebihnya menjadi najis yang dikeluarkan apabila tiba masanya. Berdasarkan ayat ini juga, para ulamak merumuskan, perubahan tabi’e darah yang haram dimakan kepada susu dan daging yang suci dan halal dimakan adalah proses istihalah yang diterima1. Dari konsep ini juga cuba diaplikasikan kepada beberapa proses perubahan bahan seperti najis kepada yang dibenarkan untuk dikonsumpsi oleh manusia.

Sesuatu yang perlu difahami bahawa, aplikasi konsep istihalah walaupun disebut dalam banyak karya fiqh silam, masih menjadi sesuatu topik perbincangan yang tidak disepakati di kalangan ulama’. Ini saling berkait-rapat tentang pemahaman dan hujah pada sudut yang berbeza. Walaubagaimanapun, konsep istihalah diterima pakai secara ittifaq dalam beberapa kes sahaja, manakala sejumlah besar lain menjadi pegangan dalam mazhab-mazhab tertentu sahaja.

Secara mudahnya, ‘istihalah’ daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘berubah’ atau perkataan seertinya iaitu perubahan atau pertukaran. Manakala istilah sains yang hampir dengan maksud istihalah ialah ‘transformation’ atau ‘chemical/physical decomposition’. Umumnya, isu ini timbul apabila umat Islam sangat sensitif atas status ‘halal atau haram’ sesuatu produk untuk dimakan. Justeru, aplikasi istilah ini perlu difahami sewajarnya.

Apabila definisi istihalah dalamproses pembuatan makanan dan ubat-ubatan digunapakai, ianya menyentuh empat elemen asas2. Pertama, bahan asal atau bahan mentah. Kedua, agen perubahan yang berlaku. Ketiga, bahan akhir atau bahan baru yang terhasil. Keempat, tujuan pembuatan dan pemprosesan bahan akhir tersebut. Adapun tujuan pembuatan atau pemprosesan, kita melihat sejauh mana ‘design methodology’ digunapakai untuk menghasilkan sesuatu produk akhir tersebut. Di bawah ialah ringkasan konsep ini:

Rajah konsep Istihalah

Selain daripada definisi yang disebutkan di atas, konsep istihalah jugaboleh juga dirumuskan sebagai perubahan sifat jirim atau zat bagi sesuatu bahan yang boleh menyebabkan perubahan hukumnya yang asal. Berdasarkan penjelasan ini, bahan najis yang haram boleh berubah menjadi suci dan halal apabila zatnya berubah menjadi bahan lain yang berbeza sama ada dari segi nama, kriteria dan juga sifatnya3.  Juga pandangan lain berkenaan istihalah iaitu Wahbah al-Zuhayli dalam karya agungnya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh ketika menghuraikan kaedah penyucian najis menyebut bahawa istihalah adalah “proses perubahan sesuatu benda yang najis (`ayn najasah) kepada sesuatu yang suci sama ada secara tabi’e atau melalui perantaraan.4

Aplikasi konsep istihalah dalam pembuatan gelatin

Penulis merasa bertuah kerana berkesempatan membuat penyelidikan secara terperinci dari awal hingga akhir proses pembuatan gelatin halal dari sumber lembu di New Zealand. Daripada pengalaman tersebut, secara mudah kita akan faham sejauh manakah gelatin tersebut boleh disahkan halal atau sebaliknya. Mari kita lihat dalam proses pembuatan gelatin tersebut dan cuba kita aplikasikan konsep ini dan sejauh mana gelatin babi boleh dikategorikan sebagai ‘halal’ ataupun tidak.

Langkah 1: Bahan asas/mentah itu mestilah daripada sumber halal. Ini bermula daripada sembelihan lembu itu menurut kaedah syarak dan disembelih oleh seorang muslim. Kebanyakan bahagian yang digunakan ialah kulit lembu dan terutamanya kulit dan lemak di sekeliling tengkuk lembu. Kadang-kadang juga digunakan tulang, tendon, tisu-tisu serta bahagian lain. Jika lembu tersebut disembelih tidak mengikut kaedah Islam, sebagai contoh lembu itu mati sebelum sembelihan, maka bahan kulit itu akan dibuang dan tidak akan diambil untuk proses seterusnya. Semua bahan asas daripada lembu itu tadi akan diasingkan ke bahagian halal sahaja. Bahan-bahan tersebut akan dipotong mengikut saiz kecil untuk proses seterusnya.

Langkah 2: Penggunaan agen perubahan di sini termasuklah ‘degreasing and roasting’ pada tempoh waktu dan suhu tertentu, rawatan dengan acid dan alkali untuk beberapa hari, seterusnya pemanasan pada suhu tinggi, dan akhirnya proses penyejatan dan pemotongan kepada saiz tertentu. Proses pengasingan juga berlaku pada tahap ini.

Langkah 3: Bahan akhir gelatin tergantung kepada penggunaannya. Ini termasuk mencampurkan pewarna serta bahan additive lain.

Langkah 4: Tujuan asalnya ialah menghasilkan gelatin daripada sumber lembu yang telah disembelih mengikut kaedah syarak. Semua 3 proses di atas adalah halal dan mematuhi standard GMP (Good Manufacturing Practice) dan patuh syariah. 

Sudah pasti daripada salah satu 4 langkah di atas, telah berlaku istihalah atau perubahan pada fizikal sehinggalah gelatin terhasil. Tetapi secara teknikalnya, gelatin ini masih mempunyai unsur-unsur protein atau struktur kimia yang bersumberkan daripada lembu. Proses penghasilan gelatin ini halal kerana setiap langkah di atas mematuhi kriteria halal menurut GMP dan patuh syariah.

Nah cuba kita aplikasikan konsep di atas dan kita gunakan babi sebagai bahan asas pembuatan gelatin. Sebagai seorang saintis, penulis masih memikirkan sejauh mana proses istihalah boleh membenarkan unsur babi tersebut dikategorikan sebagai halal. Adapun mungkin di peringkat akhir iaitu gelatin dan struktur kimia yang baru di mana berlaku perubahan fizikal daripada asalnya unsur babi. Namun sumbernya masih dikategorikan haram dan tidak patuh syariah. Sekalipun babi itu disembelih menurut cara Islam dan patuh syariah, tidak mungkin status kulit, tulang, tendon dan tisu daripada babi itu boleh bertukar status halal. Penulis masih berpendapat, walaupun 3 peringkat yang lain disahkan halal termasuk tujuan pembuatan gelatin, ianya tidak memadai walaupun proses istihalah digunapakai di sini.     

Beberapa pandangan mazhab

Beberapa pandangan mazhab termasuklah yang agak terbuka dan ketat dalam aplikasiistihalah kepada aspek tertentu sahaja. Pandangan ini didokong oleh ulama’ dari kalangan mazhab Syafi‘i dan salah satu pandangan mazhab Hanbali. Mazhab Syafi‘i berpendapat bahawa sesuatu bahan yang najis tidak boleh menjadi suci dengan berubah sifatnya kecuali dalam tiga keadaan. Pertama, arak yang bertukar menjadi cuka dengan sendirinya. Kedua, kulit binatang yang mati selain daripada anjing dan babi menjadi suci apabila disamak. Ketiga adalah sesuatu yang berubah menjadi haiwan seperti bangkai berubah menjadi ulat kerana berlaku suatu kehidupan yang baru. Berdasarkan pendapat tersebut, sesuatu yang berubah dari segi bentuknya tetap dikira najis kerana ia berasal dari sumber yang najis melainkan tiga pengecualian yang dinyatakan.

Kesimpulan

Sewajarnya kita memahami definisi dan aplikasi istihalah dan perbahasan ulama’ silam serta beberapa fatwa kontemporari untuk mematangkan kita. Termasuklah juga penerangan teknikal dan terma sains untuk memudahkan kita memahami konsepistihalah ini. Pengalaman penulis terlibat secara langsung dalam proses pembuatan gelatin dan aplikasi Halal, sangat memberi kelebihan di mana titik tolak ketidakfahaman para pembaca dan umum perlu dirungkai. Peranan dan gabungan pihak berwajib seperti JAKIM, Majlis Fatwa dan para saintis muslim sangat penting dalam menangani isu sebegini supaya umum akan faham apabila sesuatu fatwa itu dikeluarkan. Umum berhak mengetahui dan diberi penjelasan sewajarnya. Sekali lagi penulis ingin tekankan, penerangan di atas untuk memberi kefahaman kepada pihak umum dan aplikasi istihalahitu mempunyai skop dan limitasinya. Jauh sama sekali untuk menyanggah mana-mana fatwa. Semoga bermanfaat. Ameen.    

Rujukan:

1Pendekatan istihalah dalam produk yang berunsurkan babiOleh:Dr Saadan ManJabatan Fiqh & Usul,Akademi Pengajian IslamUniversiti Malaya

2Rujukan dan sedikit penambahan: Teori istihalah menurut perspektif islam dan Sains: Aplikasi terhadap beberapa penghasilan produk makanan oleh Mohammad Aizat Jamaludin dan Che Wan Jasimah Wan Mohamed Radzi

3Anisah Ab. Ghani, Jurnal Halal 2008: 45-46,: Muhammad Safiri Makanan Ubahsuai GenetiK: Satu Analisis Hukum, 2008: 78.

4 Wahbah al-Zuhayli, sumber dari al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh

______________________________________________

Penulis:

Prof. Azizi Ayob
Setiausaha Agung I-Medik (Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia)
Professor Pharmacology di International Medical University (IMU)
Diploma Islamic Studies (IIUM), MD (UKM) dan PhD (IIUM)

Read article

Kenyataan Rasmi I-Medik Isu Coklat Cadbury

Utama

04/06/2014

Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) memandang serius isu DNA Porcine atau babi yang dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dato’ Dr Noor Hisham Abdullah pada 24 Mei lalu.


Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada penyediaan, penjualan dan perkara-perkara berkaitan dengannya.


Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Haji Othman Mustapha, dalam satu kenyataan pada hari yang sama, mengatakan bahawa sijil pengesahan halal kedua-dua produk berkenaan digantung serta-merta.


I-Medik menyokong tindakan JAKIM tetapi berharap agar tindakan yang lebih serius diambil seperti menggantung sijil pengesahan halal semua produk dan mengarahkan kilang ditutup kerana menganggap CADBURY mempermain-mainkan sijil halal dan tidak peka dengan sensitiviti, perasaan dan kesempurnaan ibadah orang Islam yang mewajibkan makanan yang diambil halal dan bersih.
Ini adalah untuk memberi amaran pada pengilang-pengilang makanan lain agar lebih berhati-hati dan tidak berbuat sambil lewa apabila menyediakan makanan utk keperluan orang Islam.


Seterusnya, I-Medik juga menggesa agar JAKIM menjalankan pemantauan berkala yang lebih kerap kerana dikatakan kali terakhir kilang ini dipantau ialah pada 20 Februari 2014, iaitu 3 bulan lepas. Lebih ramai pegawai-pegawai perlu dilatih untuk memantau, menilai dan menguji bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan serta makmal yang digunakan.


I-Medik juga menyarankan agar rakyat memboikot semua produk keluaran Cadbury sehingga permohonan maaf secara terbuka dilakukan dan memastikan semua produk keluarannya disahkan halal oleh JAKIM. Seterusnya pengguna perlu bijak memilih dan menyokong produk keluaran bumiputra.


Dengan ini, orang-orang Islam akan lebih tenang apabila menikmati makanan kerana yakin ianya halal dan bersih serta tidak menganggu sesuatu ibadah atau amalan untuk diterima Allah.

Read article

1671

Kenapa bayi saya kuning?

Info Sihat, Utama

31/05/2014

Bayi kuning atau lebih tepat disebut sebagai ‘neonatal jaundice’ merupakan fenomena yang sering melanda bayi dari hari kedua kelahiran sehingga berusia seminggu. Proses ini merupakan fisiologi kepada  bayi yang baru dilahirkan atau disebabkan oleh masalah pemecahan sel darah merah yang akan menyebabkan bilirubin dalam darah meningkat.

Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan bayi kuning adalah:

  • Kurangnya penyusuan ibu
  • Bayi mempunyai masalah ketiadaan enzim G6PD (yang mana enzim ini boleh menghalang pemecahan sel darah merah) atau ketidaksamaan kumpulan darah  anak dan ibu.
  • Cephalohematoma/Subaponeurotic haemorrhage (pembengkakan di lapisan kulit kepala)
  • Jangkitan saluran kencing (UTI)
  • Masalah saluran pemakanan yang tersumbat/masalah fungsi hati

Bilamana bilirubin dalam darah  meningkat, bayi akan kelihatan kuning dan kurang menyusu. Jika dibiarkan tanpa rawatan yang sepatutnya, tahap kekuningan bayi akan meningkat sehingga kekuningan boleh dilihat di tapak kaki dan tapak tangan. Tapi awas, pada tahap  ini, jika ibu bapa masih berdegil untuk tidak membawa anak anda berjumpa doktor dengan segera, kemungkinan anak itu akan mengalami kecacatan kekal kerana tahap bilirubin yang tinggi akan menjadi toksik kepada sel-sel otak. Jika sel-sel otak rosak, akan jadilah anak yang terencat akal dan lambat dalam segala segi perkembangan sama ada motor, penglihatan, sosial dan IQ  bayi tersebut.

Antara rawatan-rawatan yang ditawarkan untuk bayi kuning adalah phototerapy atau terapi cahaya UV. Atau jika tahap bilirubin itu terlalu tinggi, pertukaran darah (exchange transfusion) akan dilakukan untuk menyelamatkan bayi. (Penulis baru semalam melihat proses exchange transfusion dilalukan selama 4 jam)

Pesanan untuk ibu bapa, jangan berdiam diri jika anda melihat bayi anda kuning dan jangan pula panik. Segeralah berjumpa doctor yang berdekatan untuk mengetahui tahap bilirubin bayi anda. Dan jika tahap bilirubin tinggi dan perlu dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut, jangan mencari alasan untuk mencuba rawatan tradisional dulu sebulum nasi menjadi bubur.

 

Oleh :

Dr Nurul Izza Mohd Zahidi

Aktivis I-Medik Kelantan

Pegawai Perubatan Siswazah HRPZ II KOTA BHARU

Read article

1355

Termination of pregnancy: should we raise the bar?

Kolumnis, Utama

28/05/2014

Termination of pregnancy: should we raise the bar?

 

Termination pregnancy (TOP) has been a controversy in many aspects especially religious points of view as well as ethical and legislation. The abortion itself contributed to total 13% of maternal mortality[1].

 

This topic has been extensively well explained by an excellent obstetrician and gynycologist at the link here.
Revision from Dr Murizah’s definition of termination of pregnancy is the expulsion of an embryo or fetus from uterus. The issue here is, should we raise our bar on the elaboration or definition of mental injury? Especially  in our current situation where pre marital conception is a worrisome. Mental injury maybe misused by either the pregnant woman or the health practitioner for their own benefit outweigh the child’s best interest.

 

In Islamic teaching, we protect the fetus equally as protecting other living human being[i]. And I am afraid that with the spread of liberalism and equality, our threshold of TOP has lowered or perhaps misused. Since this issue is very sensitive as it is not just a simple act instead it is an act of killing and maybe charged under criminal act of 574.

 

To recap on the act for termination of pregnancy, according to Malaysian law, induce abortion is illegal under Act 574, exception clause added to section 312; abortion is legal if’;

1)    a medical officer registered under the Medical 1971 undertakes the procedure

2)    the practituioner is of the opinion formed in good faith, that the continuence of the pregnancy would involve risk to the life of pregnant woman, or injury to the mental or physical health of the pregnant woman greater than if the pregnancy is terminated.

 

In a formal meeting of health practitioners that I have attended recently, there were weak points that I noticed which allow the term of mental injury be manipulated as a reason for TOP.

As I re-illustrate scenarios that were given as examples during the meeting, I would like to bring your attention in analyzing them:
1) A 16 years old, unmarried, school going teenager who found out that she is pregnant and she complaint of unable to cope with the stress due to being pregnant at early age and no social support; will you as a medical practitioner grants her TOP?
2) A lady with 10 children noted that she is pregnant again and she did not want that baby and her husband will divorce her if she still continuing with the pregnancy. Is it fair to allow TOP?

 

Of course, an unwanted pregnancy will invite emotional turbulence but it is not just as simple as that to perform TOP. And what is the definition or elaboration of mental injury? What criteria it is based on? Is the bar too low?

 

I am regret and sad with how lightly people look at TOP in another words killing a fetus. And I believe that most hospitals are nowadays only referring those depressed woman to a psychologist and no more to Islamic bodies to provide support in term of Islamic view.

 

I would like to emphasis here the importance of respecting and including Islamic point of views in coming to a decision for Muslims’ patients especially in a country where majority of Malaysian are Muslims.

 

I would also need further clarification from the authority with regards to the ‘hukum makruh’ in terminating pregnancy before day 40. I would like to suggest addition of explanation in what situation it is makruh because the word makruh may be taken lightly and may easily be misused if no criteria is set for this purposes.

 

Wallahualam.

 



[1] Guideline for TOP for Hospital in MOH



[i] Dr Ahmad Taha, “Kedoktoran Islam”

Read article

1285

Nota kesihatan| Demam denggi

Info Sihat, Utama

15/05/2014

Mutakhir ini, Malaysia dilanda wabak denggi yang boleh menjejaskan kesihatan awam. Dalam artikel ini, Pengerusi Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia (I-Medik) cawangan Johor, Dr Azmir Shaari akan berkongsi beberapa nota-nota penting berkaitan demam denggi.

Definisi

• Sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes betina

Cara merebak

• Kes demam denggi berlaku di kawasan tropika
• Manusia yang digigit oleh nyamuk Aedes yang membawa virus denggi, berisiko tinggi untuk mendapat demam denggi. Virus ini dipindahkan daripada nyamuk tersebut kepada manusia semasa proses menghisap darah manusia
• Walaubagaimanapun tanda-tanda/gejala penyakit berbeza mengikut umur dan tahap kesihatan seseorang

Statistik demam denggi di Malaysia

• Merujuk kepada lawan web Kementerian Kesihatan Malaysia, pada minggu kedua tahun 2014 bagi tempoh 5 hingga 12 Januari, sejumlah 1,946 kes demam denggi telah dilaporkan di seluruh negara. Ianya meningkat sebanyak 907 kes (87.3%) berbanding dengan 1,039 kes yang dicatatkan pada minggu sebelumnya. Kes dilaporkan meningkat di semua negeri.
• Dalam tempoh yang sama terdapat dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di Perak menjadikan kumulatif kematian kes denggi sehingga kini (tahun 2014) adalah seramai 6 kematian, berbanding hanya 2 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2013 iaitu meningkat sebanyak 4 kematian (200%).
• Sejumlah 685 lokaliti wabak denggi dipantau di seluruh negara. Wabak dilaporkan berlaku di 11 negeri iaitu 480 kawasan di Selangor, 62 di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, 45 di Negeri Sembilan, 42 di Johor, 29 di Perak, 8 di Pulau Pinang, 8 Melaka, 6 Sarawak, 2 Sabah dan masing-masing 1 di Kedah dan Kelantan.

Gejala demam denggi

• Sakit kepala
• Demam kuat yang mengejut dan berterusan
• Bintik merah pada kulit
• Merah muka
• Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
• Pendarahan pada badan, hidung dan mulut
• Hilang selera makan
• Muntah-muntah
• Sakit perut
• Rasa pahit pada lidah
• Lemah dan tidak bermaya

Rawatan demam denggi

• Berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian darah jika mempunyai gejala demam denggi
• Demam denggi yang tidak serius boleh dirawat di rumah. Banyakkan minum air dan mengambil ubat demam (paracetamol)
• Demam denggi yang serius (berdasarkan ujian darah dan gejala-gejala) memerlukan kemasukan ke wad dan dipantau rapi oleh doktor

Cara pencegahan

• Pastikan tiada air bertakung di kawasan kediaman atau gunakan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam air yang bertakung
• Elakkan diri daripada digigit nyamuk dengan memakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh atau menggunakan bahan penghindar nyamuk (mosquito repellent) pada badan
• Mengelakkan/mengurangkan lawatan ke kawasan yang endemik denggi (kawasan yang berlaku banyak kes demam denggi)
• Membunuh nyamuk di rumah dengan menggunakan racun serangga
azmir
Dr Azmir Shaari
Pengerusi I-Medik Johor

Read article

1230

Sekitar Program “Say No To Zina” di SMK TATAR

Aktiviti, Utama

30/04/2014

b1

KEPALA BATAS (KEDAH), 29 April – Program “Say No To Zina” diteruskan lagi. Kali ini di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman. Program ini melibatkan guru-guru dan pelajar sekolah.

b2

Program bermula pada jam 2.30 petang di Dewan Terbuka sekolah ini dimulakan dengan sesi ceramah yang disampaikan oleh Dr. Mukmin Mohd Khairi, aktivis I-Medik Kedah. Sesi soal jawab kemudiaannya dikendalikan oleh Pengerusi I-Medik Kedah, Dr. Murizah Mohd Zain.

Turut hadir ialah Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Dr. Zulkifli Yusof.

b3

Read article

1646

Say NO to ZINA

Aktiviti, Utama

15/04/2014

tunjuk plaque
KOTA KINABALU 30 Mac 2014-.  “Kembali kepada Islam dan amalan Islam yang syumul dalam kehidupan kita”. Itulah nasihat dari Ustaz Nik Anwar Zakaria, Pengerusi Darul Syifa’ Bandar Sierra, juga salah seorang panelis jemputan dalam Program “Say No To Zina & LGBTI” yang telah diadakan pada hari ini.  Ustaz juga telah menekankan tentang ayat-ayat Al Quran dan hadis yang menceritakan tentang larangan menghampiri zina dan bahana yang akan ditimpakan kepada seseorang yang melakukan perbuatan yang dilaknat Allah ini.  Program yang dianjurkan oleh Imedik Sabah dengan kerjasama Jawatankuasa perwakilan kolej kediaman Politeknik Kota Kinabalu serta Rakan Pustaka Politeknik dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Kinabalu ini telah mendapat sambutan luar biasa dimana kehadiran peserta melebihi 400 orang memenuhi Dewan Rafflesia di Politeknik Kota Kinabalu.  Apa yang uniknyanya ada juga peserta yang bukan beragama Islam menunjukkan minat menghadiri program tersebut.  Ustaz Nik Anwar juga telah berkongsi pengalaman menangani masalah pelajar yang terlanjur semasa merawat dan memberi kaunseling kepada mereka di Darul Syifa’ Kota Kinabalu.  Program sehari ini telah bermula dengan perasmian oleh dan Cik Suhana Binti Rubin, Penasihat JPKK diikuti dengan Ceramah bertajuk “Memahami Reproduktif Remaja/Belia” oleh Dr.Mohammad Bin Sayed Sahul Hamid Gani, Penolong Pengarah Kanan Unit Pembangunan dan Perancang Jabatan Kesihatan Negeri Sabah merangkap Timbalan Pengerusi I-Medik Sabah.

forum1

Forum pula telah dipengerusikan oleh Dr. Mohamed Hatta Bin Mohamed Tarmizi, Pakar Sakit Puan dan Perbidanan, Hospital Likas, Kota Kinabalu Sabah merangkap Pengerusi I-Medik Sabah dengan para ahli panel, En Mohamed Nazim Bin Manduarin, Aktivis Undang-undang dan Dr. Nathira bt. Abdul Majeed, Pakar Sakit Puan & Perbidanan dari Hospital Wanita & Kanak-Kanak Likas, Sabah.

Matlamat utama program diadakan adalah untuk memperkenalkan I-Medik sebagai satu wadah baru dalam mencari solusi dan pencetus kepada kerjasama semua pihak dalam memerangi gejala sosial yang semakin meruncing di negeri dibawah bayu ini. Isu permasalahan zina dan amalan seks sonsang yang semakin serius adalah masalah pokok kepada peningkatan kes pembuangan bayi, kelahiran anak tidak sah taraf yang semakin bertambah dan keguguran yang tidak sah.

 Dr Hatta

“Tujuan program diadakan adalah untuk memberi pemahaman dan nasihat tentang permasalahan masalah sosial yang semakin serius ini dan solusinya iaiatu kembali kepada amalan dan pemahaman Islam”, ujar Pengerusi I-Medik Sabah ketika membuka majlis forum tersebut.

 Dr Mohammad1

Panelist kedua, En. Mohamed Nazim telah menyentuh bahagian perundangan dimana beliau telah membaca kod-kod kesalahan dalam kod akta kesalahan mengenai rogol, zina dan liwat dalam perundangan Malaysia. Beliau juga mengupas isu salah laku remaja dari sudut perundangan negara yang mana pertambahan kes di mahkamah saban tahun amat membimbangkan dan menasihati dan mengingatkan peserta tentang menjauhi perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina dan hubungan sonsang ini.  Dr. Nathira, sebagai penalist ketiga pula berjaya memikat hati peserta dengan mengupas permasalahan zina dari sudut kesihatan dan perubatan serta implikasi jangka masa panjang yang dihadapi  oleh seseorang yang bergelumang dengan zina. “Kita dapat lihat pelbagai penyakit kelamin boleh ditulari yang disebabkan oleh kuman syphilis, gonnorhea dan chlamydia tracomatis serta HIV; yang mana implikasi penyakit-penyakit ini sangatlah banyak termasuklah masalah kemandulan kesan jangka masa panjang walaupun setelah diberi rawatan. Maka pentingnya pencegahan primer yakni ilmu dan kesedaran serta kembali kepada pegangan agama yang mantap”, ujar beliau ketika dipinta ulas dari sudut perubatan.

 

I-Medik Sabah mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Hasan Unus, pengarah program dan ahli-ahli jawatankuasa kerja dari politeknik kota Kinabalu yang bertungkus-lumus memastikan kelancaran kempen ini berlangsung. Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Pengarah Politkenik Kota Kinabalu, Tuan Hj. Wan Mohamad Nasir Wan Abdul Rahman yang sudi menyokong program seumpama ini.

Dr Mohamed Hatta bin Mohamed Tarmizi
Pengerusi I-Medik Sabah.

 

Read article

1448

Super Doctor: Houseman Prep Course

Iklan, Utama

15/04/2014

housman course
Are you gonna join housemanship in the near future and worried that you’re not fully prepared?
We are organizing a housemen preparatory programme and the details are as mentioned below:
Date: 1/5/2014
Time: 8 am – 6 pm
Venue: IMU, Seremban
Kindly register here http://goo.gl/GLgoPL
For payment of fees, please deposit to Fatimah Zaharah Bt Rosli 164155581299 (Maybank)

Read article

1160

DI SEBALIK TABIR: SIMPOSIUM FIQH PERUBATAN PAHANG 2014; PENGHARGAAN BUAT SUKARELAWAN.

Aktiviti, Utama

31/03/2014

Menganjurkan program berbentuk simposium, melibatkan lebih 600 peserta dari kalangan profesional dan pelajar bidang perubatan, kejururawatan dan farmasi  serta menjemput Pengarah Kesihatan Negeri Pahang sebagai perasmi adalah satu pengalaman yang sangat berharga buat seluruh warga kerja Simposium Fiqh Perubatan Pahang 2014.
Melihat kepada kepentingan mendidik masyarakat dan profesional dalam bidang ini tentang aplikasi  fiqh perubatan dalam pengurusan dan merawat pesakit,  I Medik Pahang mengambil inisiatif untuk menganjurkan Simposium Fiqh Perubatan 2014 dengan tema Peranan & Cabaran Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Masakini pada hari Sabtu, 15 Mac 2014 yang lalu. Dengan yuran serendah RM20 (dewasa) dan RM 15 (pelajar), sambutan peserta amat menggalakkan, sehingga pendaftaran terpaksa ditutup dua minggu lebih awal.
“ Program fiqh perubatan sememangnya dinanti-nantikan oleh warga kerja hospital, selalunya simpsosium sebegini yurannya mahal, dan dilakukan pada waktu kerja. Adanya NGO seperti I Medik yang menyediakan alternatif yang lebih murah dan dibuat di hujung minggu adalah sangat baik”.  Itulah antara maklum balas salah seorang Matron semasa menghubungi AJK Pendaftaran untuk mendaftarkan hampir 20 orang jururawat dari jabatannya.
Hakikatnya, SFP 2014 tidak akan berjaya tanpa komitmen ahli jawatan kuasa dan sukarelawan yang telah bersungguh-sungguh  memastikan kelancaran SFP 2014. Dengan memahami bahawa penganjuran ini adalah salah satu fardhu kifayah dan usaha dakwah untuk merealisasikan hospital mesra ibadah,  SFP 2014 telah menjadi medan gandingan mantap antara AJK I Medik, barisan moderator dan ahli panel yang terdiri dari pakar dalam pelbagai bidang bersama sukarelawan yang majoriti adalah pelajar untuk duduk bersama berbincang, dan bekerjasama untuk menjayakan setiap slot.
Dalam kehidupan manusia yang serba sibuk ini, adanya barisan profesional yang sedia meluangkan masa untuk usaha  sebegini, pastinya memberi inspirasi kepada golongan muda bahawa tidak kira setinggi mana jawatan dan kedudukan, mahupun sesibuk mana kehidupan, kewajipan dakwah perlu tetap dilaksanakan. Dalam penganjuran SFP, tokoh-tokoh I Medik ini telah menunjukkan qudwah yang baik kepada ahli-ahli I Medik dan sukarelawan muda bagaimana kerjaya mampu menjadi batu loncatan untuk mendekati masyarakat.
SFP 2014 telah memberi peluang kepada lebih kurang 40 orang sukarelawan yang terdiri dari pelajar UIAM dan Universiti Kolej Shahputra, untuk mencurah bakti  dan menimba pengalaman menguruskan program pada skala besar. Mereka telah terlibat dalam penyedian bag program, dan latihan rehersal sepanjang minggu terakhir sebelum SFP 2014. Jutaan penghargaan kepada semua sukarelawan yang terlibat!
Akhir kata, memahami bahawa fiqh perubatan asas adalah satu kewajipan kepada semua pengamal perubatan Muslim, I Medik akan terus komited untuk menganjurkan program-program sebegini di masa akan datang dan diharap akan dapat memperbaiki kualiti penganjuran dari semasa ke semasa. Semoga Allah memberkati segala usaha yang kerdil ini.
Coretan pengalaman, Dr Norbaiyah Mohamed Bakrim – I Medik Pahang.

Read article