MENU

Comments (0) Info Sihat, Mesej

Depression Boleh Dirawat

Kemurungan, atau Depression ialah sejenis keadaan mental yang berada dalam mood yang terlalu sedih dan rendah sehingga ‘mematikan’ aktiviti sehariannya.

Ia ialah sejenis kecelaruan mood yang menyebabkan seseorang itu terganggu fungsi hidupnya.

Depression ini sejenis kecelaruan mental dan ia halimunan (tak dapat dilihat), tetapi tak bermaksud ia tidak wujud.

Gangguan psikologi ini boleh dilihat melalui bentuk pemikiran, keadaan mood, simptom fizikal dan tingkahlaku seseorang itu.

Di sini, disenaraikan 9 simptom yang berkaitan dengan Depression.

Tetapi ingat ya, ia hanya sebagai panduan, bukan sebagai diagnosis. Hanya pakar seperti Psikologis Klinikal atau Doktor Psikiatris sahaja yang boleh menjalankan penilaian dan memberi diagnosis.

Selamat membaca dan sebarkan kepada mereka yang memerlukan. Kita tak tahu, ia mungkin menyelamatkan nyawa seseorang.

#PengkajiMindaManusia
#BukuGrafikPsikologi

– Aiman Amri,
Founder of AimanPsikologis.com

Leave a Reply