MENU

Comments (0) Info Sihat

Doktor, saya ada GOUT kah?

Doktor saya ade gout ke? Orang kampung saya cakap kalau sakit macam ni memang gout.”

“Pak cik, bukan semua sakit sendi ni sakit gout.”

Mari doktor nak cerita sikit pasal gout.

Kalau orang ada gout, masa serangan gout, sendi yang terlibat akan bengkak, kemerahan dan sakit. Biasanya sendi yang terlibat adalah ibu jari kaki, buku lali, jari tangan, siku, pergelangan tangan. Biasanya serangan gout akan ambil masa sehingga 2-3 minggu sebelum hilang.

Apa yang saya perlu buat ketika serangan gout doktor?

Biasanya doktor akan memberi ubat tahan sakit seperti Panadol (paracetamol), mefenamic acid, diclofenac untuk kurangkan rasa sakit dan keradangan. Selain itu, doktor juga akan beri ubat colchicine,tapi ubat ni memang akan menyebabkan cirit. Pesakit juga akan dinasihatkan untuk banyakkan berehat, minum air yang banyak dan meletakkan ais pada sendi yang bengkak untuk kurangkan bengkak.

Kalau pesakit gout yang dah kronik, asid urik akan membentuk kristal dan berkumpul di sendi-sendi yang dipanggil tophi. Pesakit gout juga cenderung untuk mendapat batu karang pada buah pinggang disebabkan asid urik yang tinggi.

Makan nak kena pantang ke doktor?

Ya, harus berpantang! Tak boleh makan organ dalaman haiwan, alkohol, daging lembu/kambing, makanan laut. Banyakkan makan sayuran, susu rendah lemak dan makanan berserat tinggi.

“Ujian darah asid urik pak cik pun normal ni. Kalau tersalah makan daging ke, makanan laut ke, ada tak sakit dan bengkak pada sendi?”

“Oh takda la pulak. Boleh je makan semua.”

“Ok lah tu, maknanya pak cik takda gout.”

 

Dr Atifah binti Jamil
Pegawai Perubatan Hospital Saratok
Sarawak

Leave a Reply