MENU

Comments (0) Mesej

GST 0% – NAIKKAN CUKAI ROKOK

Umum sedia maklum, Kementerian Kewangan Malaysia telah menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Goods and Services Tax – GST) pada standard 6% akan dikenakan GST pada kadar sifar (0%) yang akan berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara.

Susulan GST 0% ini, barang dan perkhidmatan yang terlibat akan mengalami penurunan harga termasuklah hasil tembakau. Pihak industri tembakau yang aktif melobi untuk menurunkan harga rokok pasti akan menggunakan peluang bersempena dengan GST 0% ini.

Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslimin Malaysia (I-Medik) bersetuju dengan pihak kerajaan menjadikan GST 0% bagi menurunkan kos sara hidup. Namun begitu, rokok merupakan barangan berdosa yang membunuh separuh daripada penggunanya dan menyebabkan banyak komplikasi penyakit yang meningkatkan kos kesihatan.

Oleh demikian, kami menggesa agar pihak kerajaan bagi mengecualikan produk tembakau termasuk rokok sebagai salah satu barangan yang perlu mematuhi penetapan kadar GST 0%. Bahkan, naikkan cukai rokok sedia ada. Ini akan menjejaskan kemampuan untuk membeli rokok terutama sekali dalam kalangan remaja yang mana 30% daripada mereka masih mampu membeli rokok dengan harga sekarang.

Dr Ahmad Farid Nazmi Bin Abdul Halim
Ketua Unit Kawalan Rokok & Vape I-Medik

Leave a Reply