IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Hari AIDS Sedunia 2015: Apa Peranan Kita Sebagai Muslim?

Hari AIDS Sedunia disambut pada tarikh 1 Disember. Daripada satu sumber yang disandarkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan, pada tahun 2014:

  • 3,517 kes baru HIV dilaporkan
  • 42% kes jangkitan HIV(tertinggi) adalah pada umur 30-39 tahun (pertengahan dewasa)
  • 2% kes HIV adalah daripada umur 13-19 tahun (umur remaja)
  • 1% kes adalah bawah umur 13 tahun (umur kanak-kanak)
  • 105,189 keseluruhan kes dilaporkan pada Disember 2014

Dalam tempoh 10 tahun iaitu dari 2005 hingga 2014, 50% kes jangkitan baru HIV dilaporkan daripada golongan heteroseksual, 50% dilaporkan daripada golongan homoseksual dan hanya 19% daripada penggunaan dadah secara suntikan.

hiv

Human Immunodeficiency Virus (HIV) ialah sejenis virus yang menyerang sistem ketahanan tubuh manusia sehingga ia tidak berdaya melawan serangan penyakit. Pembawa HIV (orang yang dijangkiti HIV) biasanya kelihatan normal dan tidak sedar bahawa dia telah dijangkiti virus ini kerana virus ini biasanya memerlukan beberapa tahun untuk melumpuhkan sistem ketahanan tubuh sehinggamereka jatuh sakit.

hiv_mature_and_immature

 

Tiga cara utama HIV menjangkiti manusia:

  • Perpindahan darah yang dijangkiti melalui pendermaan darah atau perkongsian jarum suntikan
  • Hubungan seks bebas atau dengan orang yang dijangkiti HIV
  • Dari ibu yang dijangkiti HIV kepada kandungannya sebelum dan semasa bersalin serta melalui penyusuan badan

 

transmission-of-hiv

HIV berpotensi untuk mengakibatkan banyak komplikasi sekiranya tidak dikawal dan dirawat. Oleh hal yang demikian, langkah pencegahan dengan mengetahui faktor risiko adalah penting. Mereka yang berisiko tinggi ialah:

  • Penagih dadah yang menggunakan jarum suntikan
  • Hubungan seks bebas
  • Hubungan seks luar tabii seperti lesbian, gay, bisexual dan transgender (LGBT)
  • Pasangan kepada suami atau isteri yang dijangkiti HIV
  • Anak yang dikandung oleh ibu yang dijangkiti HIV

transgender-morphinguxqb0mij_400x400

Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS) ialah jangkitan HIV peringkat akhir apabila ketahanan badan tubuh seseorang telah lumpuh dan diserang penyakit-penyakit atau barah yang tertentu (AIDS defining illness/disease) seperti:

  • Jangkita paru-paru Pneumocystis carinii
  • Jangkitan Toxoplasma otak
  • Jangkitan kulat seperti Candida dan Histoplasma
  • Jangkitan kayap (Herpes Simplex dan Herpes Zoster)
  • Jangkitan Cytomegalovirus di otak, paru-paru atau retina mata
  • Jangkitan Protozoa seperti Cryptococcus, Microsporidium dan Isospora
  • Barah seperti Limfoma atau Kaposi’s sarcoma
  • Hilang berat badan melebihi 10%
  • Cirit birit berpanjangan

who-classification-of-signs-and-symptoms-of-aids-stage-4

Terdapat beberapa langkah pencegahan untuk mengelakkan HIV dan AIDS:

  • Menjauhi perkara-perkara negatif yang merosakkan seperti pengambilan dadah, seks bebas dan LGBT
  • Menggunakan kaedah yang disarankan doktor bagi pasangan kepada suami dan isteri yang dijangkiti HIV sekiranya ingin bersama
  • Kaedah pembedahan bagi ibu yang dijangkiti HIV ketika melahirkan anak
  • Tidak menyusu badan bagi ibu yang dijangkiti HIV
  • Menggunakan kelengkapan perlindungan penyakit (Personal Protective Equipment) seperti sarung tangan getah, gaun dan sebagainya bagi pekerja-pekerja kesihatan yang terlibat dengan pesakit (seperti mengambil darah dan pembedahan) atau pengurusan mayat yang dijangkiti HIV

stop-hiv

Semoga kita dapat menjaga diri daripada mendapat HIV dengan mencegah diri daripada terlibat dengan perkara-perkara berisiko yang boleh menyebabkan penularan virus HIV. Amalkan cara hidup yang sihat dan mematuhi ajaran agama yang melarang perbuatan-perbuatan negatif dan maksiat yang boleh menyebabkan jangkitan HIV. Apatah lagi sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjaga kesihatan diri dengan menjauhi perkara-perkara mungkar seperti seks bebas, LGBT serta penagihan dadah. Sesungguhnya, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

 

“Muslim Sihat, Islam Hebat”

 

-I-Medik Kelantan-
1 Disember 2015.

Leave a Reply