MENU

Comments (0) Aktiviti

I-Medik Kedah sumbang RM7,700 kepada anak yatim Kuala Sanglang

sanglang 2

 

KUALA SANGLANG, 24 Mac – Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik) Cawangan Kedah telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM7,700 kepada Rumah Anak Yatim Kuala Sanglang kelmarin.

Sumbangan telah diserahkan oleh Pengerusi I-Medik Cawangan Kedah, Dr Murizah Mohd Zain yang juga merupakan Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Sultanah Bahiyah kepada pengetua Rumah Anak Yatim Kuala Sanglang, Ustazah Nusaibah.

sanglang
Sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan kelengkapan rumah seperti peti ais, periuk nasi dan mesin basuh itu diperoleh hasil sumbangan ikhlas kakitangan Hospital Sultanah Bahiyyah dan rakan I-Medik.

Seramai 30 anak yatim yang menerima sumbangan tersebut merasa sangat gembira dengan sumbangan dan terhidur dengan kehadiran aktivis I-Medik, para pelajar Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan pelajar Universiti Malaysia Terengganu  yang sedang melaksanakan subjek elektif di Jabatan Sajian Hospital Sultanah Bahiyyah.

Kehadiran I-Medik telah disambut meriah dengan aluan nasyid dan kompang oleh anak-anak yatim tersebut. Ustazah Nusaibah turut berbesar hati dengan kunjungan dan sumbangan yang telah diberikan oleh I- Medik. Hal ini kerana rumah anak yatim ini baru sahaja beroperasi selama 5 bulan dan memerlukan banyak keperluan asas bagi memenuhi keperluan penghuni rumah tersebut. Beliau juga berharap hubungan yang terjalin ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

Leave a Reply