IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

I-MEDIK KUALA LUMPUR DEKATI REMAJA SMK LEMBAH KERAMAT

4 April, Keramat – Pada Sabtu yang lalu telah berlangsung sebuah program “Kerana dirimu begitu berharga” bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Lembah Keramat Kuala Lumpur.

Program ini merupakan anjuran bersama Kelab Remaja Isma (KRIM ) cawangan Gombak,Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) dan Panitia Pendidikan Islam SMK Lembah Keramat melibatkan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan empat sekolah berkenaan.

DSC_0363

“Antara objektif yang digariskan untuk program ini adalah untuk mendidik pelajar tentang kepentingan menjaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan serta mengukuhkan jati diri muslim dalam diri mereka”, ujar Ustazah Nafisah Abdul Rahim selaku pengarah program.

“Zaman remaja merupakan fasa transisi dari kanak-kanak ke alam dewasa. Remaja cenderung untuk melakukan mencuba sesuatu yang baru dan mula tertarik pada jantina yang berlainan. Justeru, remaja perlu tahu batasan syarak supaya tidak terjerumus dalam masalah yang lebih besar seperti zina, pengguguran janin, kelahiran anak luar nikah serta dijangkiti penyakit kelamin”, ujar Dr Syarifah Aisyah Syed Abd Halim ketika perkongsian sembang santai.

Selain perkongsian tajuk ‘Kerana Dirimu Begitu Berharga’, pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil untuk slot latihan dalam kumpulan(LDK). Setiap kumpulan diberi satu scenario masalah remaja. Mereka diminta melakonkan dan menyediakan resolusi bagi masalah tersebut dibawah seliaan fasilitator.

DSC_0318 DSC_0338

 

 

 

 

“Program yang sangat bagus dan memberi banyak input berguna kepada pelajar. Saya berharap pihak penganjur akan mengadakan program berbentuk jati diri sebegini lagi di sekolah ini”, kata Ustazah Azimah yang merupakan ketua panitia Pendidikan Islam.

Program diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamata kepada sekolah dan kumpulan yang memenangi sesi LDK.

I-Medik Kuala Lumpur

Leave a Reply