IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

I-Medik – Misi Bantuan Banjir Pantai Timur: NILAI SEBATANG LILIN….

4 3 2 1

 

“Doktor (Dr) ada ‘modeh’? Dr ada pempeh? Dr ada ubat nyamuk? Dr ada lilin?”
(‘modeh’ ialah bahasa kampung utk tuala wanita: ‘pempeh’ ialah pampers kanak-kanak)…..sebahagian coretan hari ini.

Bukannya mereka tidak malu meminta, walaupun isu ‘modeh’…memang mereka sangat memerlukan!!
Keperluan Asas:
Masih ramai memerlukan bantuan, wang ringgit dan bantuan anda. Masih ramai yang perlukan air bersih, air untuk mandi dan air keperluan harian. Masih ramai yang perlukan ubat gigi dan berus gigi. Masih ramai yang perlukan ‘panadol’, krim gatal, ubat kulat air dan ubat asas lain.
Ya mereka masih memerlukan segala bentuk keperluan yang mungkin bagi kita tidak memerlukan atau tiada nilai bagi kita pada saat ini.
Apa lah ada pada sebatang lilin bagi kita? Sebungkus ubat nyamuk? Apalah ada pada sebuku sabun mandi bagi kita? Apalah, apalah, apalah…?
Percayalah….
Percayalah…jika anda bersama saya menyaksikan dan terlibat dengan misi bantuan ini…’sesuatu’ yang tidak penting bagi kita, sangatlah penting bagi mereka saat ini. Sebatang lilin dan mancis mampu memberi cahaya di malam yang gelap gelita.
Jom terus menyumbang…..

Sebarang bantuan tunai untuk pembelian ubatan boleh di sumbangkan ke akaun

MAYBANK ISLAMIC I-MEDIK
5628 3463 5104

ATAU

Teruskan sumbangan anda di Akaun Bank CIMB Islamik Yayasan Ikhlas: 8600 601 366

Sukarelawan misi I-Medik boleh hubungi
Dr Hairuladha Abdul Razak +60192797253
Shafnah Adnan 0173274024
Dr Aini Hayati 0133399562

Catatan perjalanan 6:
Dr Azizi Ayob
Kg Jerangau, Kg Banggol Jenereh, Tanah Merah. 3 Jan 2015

Leave a Reply