MENU

Comments (0) Misi Bantuan

I-Medik Misi Bantuan Perubatan Mangsa Banjir PAKCIK ‘DOAKAN KAMI’

4 3 1 2
Pengalaman saya di lapangan melalui misi bantuan perubatan sebelum ini, dan baru-baru ini, doktor dan para-medik antara kumpulan ‘front-line’ yang sering terdedah dengan pelbagai penyakit.

Adakah kami immune kepada bahaya penyakit?

Adakah kami mempunyai ‘protection’ yang khusus?

Adakah kami sentiasa sihat?

Jawapannya…tentu tidak. Kami sering mengalami batuk, selsema, penyakit gatal kulit, AGE dll jika lama terdedah dengan suasana banjir, hujan berterusan, dan pelbagai pesakit serta penyakit sewaktu rawatan. Percayalah, kami, manusia macam anda juga.
‘Takut’ Sakit:
Alhamdulillah, dengan latihan dan persiapan fizikal serta mental, berpandukan ‘The Oath of Muslim Physician’….konsep mengutamakan pesakit sentiasa menjadi sumpah kami. Namun, tanggungjawab menjaga kesihatan diri sangat lah penting sebagai pengamal perubatan yang ‘Fit to Practice’. Kami sering berdoa supaya sihat, dan kadang-kadang mengharapkan doa dari kawan-kawan, saudara-mara malah pesakit juga.
Bukan itu sahaja, kenderaan perubatan yang digunakan untuk misi sebeginipun haruslah ‘sihat’ untuk membawa team ke tempat sasaran. Namun, ‘mereka’ juga tidak ‘immune’ dari kerosakan.
Doa:
Jangan lupa berdoa kerana doa itu senjata untuk orang mukmin…doa juga satu bentuk terapi dan salah satu cara komunikasi kita dengan Allah swt

Leave a Reply