MENU

Comments (0) Info Sihat, Mesej

Ini Maksud Sebenar Warna Penutup Botol Air

Kalau anda perasan, setiap kali nak beli air mineral atau minuman pasti anda dapat lihat warna penutup botol yang berbeza-beza. Ada warna biru, hijau dan putih.
 
Rupanya ianya bukan hanya untuk warna tema, tapi sebenarnya ada maksud di setiap warna penutup botol tersebut dan identiti tersendiri.
 
WARNA BIRU
-Diperoleh daripada sumber air bawah tanah, dipam naik dan akan menjalani proses penyulingan sebelum dibotolkan dan dilabel sebagai air mineral.
 
WARNA PUTIH
-Air ini merupakan air paip yang ditadah kemudian menjalani proses penyulingan. Bahan kimia yang ditambah semasa menjadi air paip menyebabkan keaslian air itu hilang. Disebabkan itu juga, air penutup putih dilabel sebagai air minuman dan dijual dengan harga lebih murah berbanding air mineral penutup biru.
 
WARNA HIJAU
-Air botol penutup hijau pula air mineral semulajadi. Air ini diambil khas dari dalam tanah dan mempunyai kandungan mineral yang sangat tinggi.
 
AIR MINERAL EVIAN
-Dihasilkan daripada air mineral tulen daripada pergunungan Perancis dan diimport terus dari Perancis, rasa air Evian ini sedikit berbeza berbanding air mineral lain. Ada yang berpendapat rasa air Evian ini seperti air Zam-zam. Ada rasa sedikit masin dan payau. Ini disebabkan kandungan mineral atau garam galian yang tinggi didalamnya. Harganya memang jauh mahal dari air mineral biasa.
 
https://www.vitdaily.com/ini-maksud-sebenar-warna-penutup-botol-air/
 
Kredit : VITDAILY

Leave a Reply