#KitaJagaKita

Karnival Hidup Sejahtera- I-Medik KL/Selangor bersama bantu Masyarakat Orang Asli

photo_2016-05-10_13-38-54

GOMBAK, 7 Mei – Yayasan Ikhlas dan Yayasan Tenaga Nasional dengan Kerjasama JAKOA Gombak,Surau Al-Hidayah Batu 12 Gombak, Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM Serdang dan I-Medik Kuala Lumpur dan Selangor menganjurkan Karnival Hidup Sejahtera.

Karnival ini bertujuan memotivasikan masyarakat muda orang asli akan kepentingan menimba ilmu pengetahuan seterusnya meningkatkan taraf budaya dan ekonomi masyarakat orang asli. Pihak yayasan turut menyampaikan sumbangan berupa keperluan asas berupa beras, minyak, gula, tepung, dan garam. Pada karnival ini I-Medik diberi kepercayaan untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepentingan menjaga kesihatan. Dr Hidayah Habil mengetuai kumpulan I-Medik yang terdiri daripada Dr Indra Putra, Dr Faizatul, Shafnah Adnan dan Zubair Suhaimi yang turut bersama karnival Hidup Sejahtera ini.

photo_2016-05-10_15-04-54
Dr Indra Putra menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk “ Jalani Gaya Hidup Sihat”. Antara intipati ceramah Dr Indra, Penyakit datang dari jangkitan dan pemakanan. Kebanyakan penyakit berlaku disebabkan pemakanan yang tidak sihat. Justeru penjagaan pemakanan yang baik adalah penting untuk menghindarkan diri kita dari penyakit. Sabda baginda; Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada Mukmin yang lemah.

Melalui ceramah ini masyarakat orang asli didedahkan dengan pengetahuan penjagaan kesihatan dari segi kesihatan, pemakaian, pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Yang menariknya, sesi ceramah ini berlaku secara dua hala dimana masyarakat orang asli aktif bersoal jawab dan berkongsi pandangan sepanjang ceramah Dr Indra. Seorang pakcik yang agak berusia berkongsi kisahnya bermujahadah meninggalkan tabiat merokok yang menjadi amalannya sejak zaman muda. Kini, pakcik ini masih berupaya berjalan kaki ke surau pada waktu solat untuk bersama-sama berjemaah.

photo_2016-05-10_15-14-19

Dalam karnival ini dianggarkan seramai 100 orang masyarakat orang asli menyertai dan memngambil bahagian dalam karnival kali ini.

Program ini merupakan kali kedua I-Medik diberi kepercayaan untuk memberi khidmat untuk masyarakat orang asli Batu 12 Gombak. Kali pertama adalah pada Bulan ramadhan yang mana pada tika itu I-Medik menjalankan pemeriksaan gigi dan kesihatan golongan kanak-kanak dan dewasa masyarakat orang asli. I-Medik juga turut bersama bergotong royong membersihkan surau dan persekitaran penempatan orang asli.

Hasil pantauan dan pemerhatian kami, kebersihan persekitaran perumahan orang asli kurang memuaskan, disamping kependudukan rumah mereka yang sangat padat.

Harapan kami agak projek-projek Yayasan berupa bantuan dan peningkatan taraf hidup masyarakat orang asli dapat diteruskan agar kehidupan dan kesihatan mereka akan lebih baik. Kami juga berharap agar karnival ini menjadi perintis kepada program-program lain pada masa akan datang.

photo_2016-05-10_13-39-11
photo_2016-05-10_13-39-17photo_2016-05-10_15-14-07

I-Medik KL/Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp