IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Karnival Kesihatan I-Medik Gegarkan Kudat

KUDAT, 29 NOV 2015: Karnival Kesihatan Kudat 2015 yang julung kalinya diadakan di SMK Kudat 2 telah selamat dilangsungkan semalam. Program ini telah dilaksanakan dengan anjuran bersama Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim (I-Medik) Sabah dan Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kudat, dengan kerjasama daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Kudat 2, Hospital Kudat, Pejabat Kesihatan Daerah Kudat dan juga Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Sabah.

Antara objektif Karnival Kesihatan ini adalah bertujuan untuk menyediakan kemudahan kepada masyarakat di luar bandar untuk melaksanakan salah satu daripada syariat Islam iaitu berkhatan di samping menyediakan khidmat pemeriksaan dan rundingan kesihatan dan pergigian percuma untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat. Ia juga adalah untuk mempromosikan gaya hidup sihat kepada masyarakat seterusnya membawa kepada Ummah yang lebih berkualiti.


12310504_1650418358532646_2144059274968364131_n
12313626_1650418618532620_3390237281826926002_n

 

 

 

 

 

12243264_1650417658532716_6257965992956411618_n

 

Acara ini telah dirasmikan oleh Puan Pengetua SMK Kudat 2, Puan Nurul Izzati Adlina Abdullah dan turut dihadiri oleh Pengerusi PIBG, En Salbin Muksin. Antara aktiviti yang telah dijalankan termasuklah aktiviti berkhatan beramai-ramai (Sunathon), saringan kesihatan dan pemeriksaan pergigian percuma, kempen derma darah, senamrobik, pameran kesihatan, pertandingan mewarna dan juga cabutan bertuah.

12311297_1650418425199306_5268649274043742963_n12310544_1650418625199286_5561260058749187881_n

 

 

 

11201896_1650417698532712_779017193044819529_n

 

Aktiviti Sunathon kali ini menyaksikan pelbagai kerenah anak-anak yang ada kalanya melucukan dan pastinya menggamit memori. Seramai 38 orang kanak-kanak berumur 5 ke 18 tahun telah berjaya disunatkan oleh pasukan berkhatan yang diketuai oleh pakar-pakar pembedahan dari Kota Kinabalu iaitu Dr Mohamed Hatta Bin Mohamed Tarmizi, Pakar Runding Obstetrics & Gynaecology HWKKS, Mr Abang Mohd Affendi Abang Yusof iaitu Pakar Bedah Rafflesia Medical Centre dan Mr Shakir Batiusha Mohd Hussain merangkap Pakar Bedah Pembedahan Plastik & Rekonstruktif Hospital Queen Elizabeth.

12289583_1650417775199371_6239496498587645944_n

12313634_1650418258532656_4675379153835312465_n

12279218_1650418341865981_4560210369933632297_n

Karnival Kesihatan Kudat 2015 ini telah mendapat respon yang baik terutamanya daripada pihak sekolah dan mesyarakat setempat. Rata-ratanya mengharapkan aktiviti seperti ini dapat dijalankan lagi pada tahun mendatang memandangkan sambutan yang telah diterima sangat memberangsangkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat!

Laporan disediakan oleh:
Dr Nurul Shahida Binti Abdul Rahim
Setiausaha I-Medik Sabah

Leave a Reply