IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Katakan Tidak Pada Rokok di SK Seri Tumpat (1)

29 Oktober 2015, Tumpat – Satu ceramah anti-rokok telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Tumpat (1) pada hari ini. Pihak sekolah telah menjemput Dr Wan Muhd Riduan Bin Wan Jaffar selaku doktor penasihat Kelab Doktor Muda daerah Tumpat merangkap Pengarah KRIM Kota Bharu dan AJK I-Medik Kelantan untuk memberikan ceramah yang bertajuk ‘Katakan Tidak Pada Rokok”

penceramah

Di dalam ceramah berkenaan, Dr Wan Muhd Riduan menerangkan bahawa rokok boleh membahayakan kesihatan samada kepada perokok itu sendiri atau mereka yang berada di sekitar perokok. Ianya juga boleh menyebabkan ketagihan kerana kesan bahan kimia nikotin yang mempengaruhi otak sehingga ianya sukar untuk dipulihkan. Selain itu, ia juga boleh menyebabkan pelbagai lagi perkara negatif yang lain seperti dorongan mengambil bahan terlarang seperti dadah serta pembaziran wang.

kesan rokok

Selain isu rokok tembakau, penceramah turut menyentuh tentang dua lagi jenis rokok yang menjadi isu hangat dewasa ini di Malaysia terutamanya kepada para remaja dan muda belia termasuk wanita iaitu shisha dan rokok elektronik (e-cigarette atau vape).

wanita vape

Menurutnya, menghisap shisha adalah jauh lebih mudarat kerana satu sedutan shisha adalah bersamaan puluhan hingga ratusan sedutan asap rokok batang seterusnya menyebabkan penghisapnya lebih berisiko tinggi untuk menghidap penyakit kesan menghisap shisha.

girl_smoking_shisha

Berkenaan vape pula, penceramah menyatakan bahawa walaupun vape tidak mempunyai tembakau seperti rokok batang dan shisha, tetapi ianya masih boleh membawa mudarat kepada penghisapnya atas faktor vape masih mempunyai bahan kimia yang belum terbukti selamat kepada kesihatan. Penceramah turut menyatakan kekesalan atas sikap segelintir pihak yang cuba mempromosikan budaya vape kepada orang ramai melalui pesta vape yang diadakan baru-baru ini di Selangor.

vape-fest-2015

Secara kesimpulan, penceramah menegaskan bahawa ketiga-tiga jenis rokok tersebut adalah haram berdasarkan fatwa beberapa negeri dan fatwa kebangsaan serta menasihatkan para pelajar agar menjauhi perkara-perkara yang haram dan yang merosakkan kehidupan mereka dengan terlibat dalam perkara-perkara negatif seperti merokok.

Leave a Reply