IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Kenyataan Media I-Medik Berhubung Penggunaan Rokok Elektronik

Sokongan Ke Atas Keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Melarang Penggunaan Rokok Elektronik

1. I-Medik melihat isu penggunaan rokok elektronik dan juga vape sebagai satu budaya baru yang boleh membawa mudharat kepada kesihatan di samping gaya hidup yang tidak sihat.

2. Meskipun kajian saintifik tentang kesan jangka masa panjang terhadap penggunaan alat tersebut masih belum jelas, I-Medik percaya bahawa penggunaan alat tersebut berpotensi membawa kepada ketagihan kesan kandungan nikotin di dalam cecair vape. Cecair nikotin akan memberkian kesan yang negatif kepada kesihatan di samping menjadi penyebab kepada ketagihan rokok.

3. I-Medik juga bimbang akan penggunaan alat ini yang sebenarnya berpotensi untuk disalahgunakan lebih-lebih lagi ianya bukanlah alat yang dikawal oleh pihak berwajib, seperti terdapatnya cecair vape berperisa ganja.

4. I-Medik berdiri teguh menyokong kenyataan Datuk Dr. Lokman Hakim Bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Kementerian Kesihatan Malaysia pada 4 November 2015 berkenaan larangan penggunaan rokok elektronik yang mengandungi nikotin. Ini adalah kerana ianya mampu membawa kesan yang memudharatkan kesihatan, di samping membawa kecenderungan kepada rokok itu sendiri.

5. I-Medik berharap agar rakyat Malaysia, tidak mengira usia, menghindari penggunaan alat ini, dan bersama-sama memberi sokongan kepada larangan penggunaan rokok, rokok elektronik dan vape.

Yang Benar,

Prof. Dr. Azmi Bin Md Nor,
Presiden
Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia
(I-Medik)

Leave a Reply