KENYATAAN MEDIA I-MEDIK SARAWAK

I-Medik Sarawak merujuk kepada kenyataan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian bahawa negeri Sarawak tidak tertakluk kepada arahan Kementerian Kesihatan Malaysia berhubung larangan merokok.

I-Medik Sarawak menyokong penuh kenyataan YB Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad mengenai larangan merokok di tempat awam terutamanya di premis makanan bermula Januari 2019.

Perkara ini perlu kita sokong dan segala bentuk kerjasama perlu diberikan bagi melindungi hak orang awam daripada bahaya asap rokok.

Justeru, I-Medik Sarawak memohon agar Kerajaan Negeri Sarawak turut bersama-sama menyokong usaha pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk melaksanakan larangan merokok di tempat awam termasuk premis-premis makan.

Hal ini amat penting agar kesihatan rakyat di negeri ini terus dapat dilindungi lantas dapat membantu mengurangkan kos perubatan yang semakin meningkat tahun demi tahun.

Dr Mohd Naqib b Ahmad Napis
I-Medik Sarawak

Leave a Comment