MENU

Comments (0) Iklan, Kolumnis, Utama

Kenyataan Media Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)

PERISA GANJA DAN “POP-CORN LUNG” : VAPE PERLU DIHARAMKAN

1. I-Medik melihat isu penggunaan vape semakin lama semakin meruncing di Malaysia, ditambah pula dengan fakta-fakta terbaru yang jelas menunjukkan kemudaratan vape untuk kesihatan

2. Umum mengetahui bahawa cecair vape mengandungi cecair nikotin yang menyebabkan ketagihan disamping mempunyai cecair-cecair lain seperti propylene glycol yang membawa kemudharatan kepada kesihatan terutama sekali kepada sistem pernafasan

3. Terbaru Polis Diraja Malaysia telah membuat rampasan cecair berperisa ganja di sekitar Lembah Klang dimana sebanyak 214 botol cecair perisa vape dirampas kerana berperisa ganja. I-Medik berpendapat ini boleh membawa kepada ketagihan baru kepada najis dadah dikalangan belia terutamanya kerana sebilangan besar pengguna vape di Malaysia adalah dikalangan belia

4- Kajian terbaru daripada Jurnal of Environmental Health Perspective yang diterbitkan pada 8 Disember 2015, didapati bahawa terdapat sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai Diacetyl di dalam cecair perisa vape yang boleh menyebabkan masalah pernafasan yang serius.

5. Melalui kajian yang sama, Diacetyl didapati dalam lebih daripada 75% daripada cecair e- cigarette berperisa yang kerap digunakan oleh golongan muda. Diacetyl boleh menyebabkan sejenis penyakit yang dinamai Bronchiolitis Obliterans yang juga disebut sebagai “Popcorn Lung”. Ini adalah sejenis penyakit paru- paru yang serius dimana ia boleh menyebabkan kerosakan pada sel tisu paru- paru sehingga menyebabkan ia tidak dapat berfungsi dengan baik. Justeru itu penghidap akan menghadapi kesukaran untuk bernafas

6. I-Medik dengan ini menggesa kerajaan menguatkuasakan undang-undang untuk mengharamkan sama sekali penggunaan vape di Malaysia sebagaimana yang telah dilakukan di banyak negara lain di dunia disebabkan kemudaratannya yang jelas dan nyata.

 

round_DrRuzaini

 
Dr Nor Ruzaini Sulaiman.
Biro Penerangan dan Penyelidikan
Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)

Leave a Reply