MENU

Comments (0) Kerjaya, Kolumnis, Utama

Kenyataan Media: Isu Penamatan Perkhidmatan SN Naziah Sauni Samat Dari Hospital Damai Service

1. I-Medik melihat isu halangan pemakaian seragam jururawat yang menutup aurat adalah tidak wajar. Umum telah mengetahui batas aurat seorang wanita Islam.

2. Peredaran masa telah melihat banyak hospital terutama hospital kerajaan  dan swasta lain telah membenarkan pemakaian lengan panjang dan tudung lengkap.

3. Walaupun pemakaian lengan panjang acapkali dikaitkan dengan jangkitan kuman, tiada bukti saintifik mengesahkan bahawa pemakaian baju lengan pendek dapat mengurangkan jangkitan kuman. Apa yang penting jururawat tahu dan mengamalkan teknik mengelakkan penyebaran jangkitan kuman menggunakan konsep “5 Moments For Hand Hygiene” seperti yang ditetapkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia  (WHO).

5-moments-for-hand-hygiene-e1373425825905
4. Dalam melaksanakan prosedur aseptik (bebas kuman), Islam membenarkan pendedahan aurat mengikut keperluan.

5. I-Medik juga bimbang dengan penerimaan jururawat Muslim terhadap etika pemakaian yang tidak menutup aurat kerana ia boleh mencairkan identiti seorang Muslim secara tidak langsung.

6. I-Medik dengan ini menyeru semua hospital membenarkan Jururawat Muslim memakai pakaian seragam yang menutup aurat demi mematuhi syariat Islam. Adalah tidak wajar mereka didiskriminasikan atas dasar agama.

7. I-Medik juga berharap setiap jururawat Muslim menampilkan contoh teladan yang baik samada dari sudut disiplin mahupun sikap, disamping mempertahankan hak sebagai seorang Muslim.

Yang benar,

round_Atiqah
SN Atiqah Ahmad Zain

Ketua Potfolio,

I-Jururawat
Ikatan Pengamal Perubatan & Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik)

Leave a Reply