Khabar dari Kusial Baru, Tanah Merah

Khabar dari Kampung Kusial Baru, Tanah Merah. 9 Jan 2015.

Kampung yang terletak di tebing Sungai Kelantan ini menerima arus deras yang sebelumnya menerjah bumi Kuala Krai dan Manek Urai. 3700 rumah di dalam mukim Tebing tinggi terkesan dengan musibah ini. Di kampung ini sahaja 10 rumah musnah sama sekali dan 250 lagi rosak teruk.

Namun ketibaan kami di Kampung ini tidak disambut dengan duka. Dalam kepenatan dan kesibukan ‘menyimpan’ rumah bak kata orang Kelantan, mereka tetap melambai mesra pada ketibaan kami dan berpuluh lagi sukarelawan dari pelbagai pelosok negara.

Seusai solat jumaat, mereka berselawat bersama-sama, kemudian menjamu makanan yang dimasak beramai-ramai. ketenangan di dalam masjid seolah-olah membuat kita terlupa disekeliling masjid ini adalah bukti hidup musibah yang belum nampak tanda selesai.

Begitulah tabahnya orang kelantan. Kalau nak cari PTSD mungkin tak jumpa. Benarlah iman itu penawar. Allah mengutus beban pada yang mampu menanggung.

Oleh
Dr Rozanizam

1
Rumah ini milik seorang mak cik yang tinggal dengan cucunya. tidak lagi boleh di diami. Senget sebelah, tidak stabil dan hanya menunggu masa. Kalaulah ini rumah ibu kita…
2
Klinik bergerak I-Medik, I-Medik Kelantan ini di buat di dalam Klinik Desa Kampung Kusial Baru yang musnah teruk dalam banjir baru-baru ini. Alhamdulillah baru dibersihkan, mengizinkan kami menumpang untuk seketika atas ihsan klinik dan penghulu kampung.


3
masjid Mukim Tebing Tinggi ini di naiki air lebih satu meter. di atas bumbung dan balkoni masjid inilah 60 keluarga menyelamatkan diri selama DUA HARI sebelum bantuan tiba. Alhamdulillah kini kembali beroperasi mengimarahkan iman kariahnya.
4
5
Rumah salah seorang penduduk yang tidak lagi boleh di didiami. Lihat garis air di dinding rumah tersebut.

6
Dr Anas Aminin Wan Izzuddin,Aktivis I-Medik Kelantanberbakti biarpun baru habis post call. Seusai tugasan on-call di Hospital Raja Perempuan Zainab 2, kami ambil beliau dan terus bawa ke Tanah Merah.

Leave a Comment