IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Laporan terkini COVID-19


Laporan terkini COVID-19Rabu, 25 Mac 2020 | 5.00 Petang


Kes kematian ke-16 merupakan kes ke-1334, lelaki warganegara Malaysia berumur 75 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac 2020 sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 24 Mac 2020, jam 7.40 malam.


Kes kematian ke-17 merupakan kes ke-1251, lelaki warganegara Malaysia berumur 66 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik dan disyaki mempunyai sejarah kontak dengan kes positif COVID-19. Beliau telah dirawat di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Johor pada 20 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU sebelum disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 4.10 pagi.


Kes kematian ke-18 merupakan kes ke-1625, lelaki warganegara Malaysia berumur 56 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kronik. Beliau dirawat di Hospital Sultan Ismail, Johor pada 20 Mac 2020. Beliau disahkan meninggal dunia pada 23 Mac 2020, jam 2.00 pagi.


Kes kematian ke-19 merupakan kes ke-1246, perempuan warganegara Malaysia berumur 68 tahun. Beliau telah dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor pada 19 Mac 2020. Kesihatan beliau merosot dan telah diberi bantuan pernafasan di ICU dan kemudiannya disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.53 pagi.


Sumber : KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Leave a Reply