IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Merawat Jiwa Manusia Lebih Sukar

ALOR SETAR, 20 Mac– “Kerjaya sebagai seorang doktor merupakan satu kerjaya yang murni bahkan menjadi aset besar dalam menyampaikan fikrah Islam kepada masyarakat”, ujar Dr Zulkifli bin Yusof kepada 30 pelajar tahun akhir Allianze University College of Medical Sciences(AUCMS)  dalam program “Towards First Class Medical Professional” peringkat negeri Kedah.

imedik kedah 2

Dalam ucapannya, Dr Zulkifli menegaskan tugas seorang doktor perubatan bukan hanya mengenal punca dan merawat sakit fizikal yang dihadapi pesakit, bahkan doktor perubatan perlu menyedarkan para pesakit akan hakikat hidup sebagai hamba Allah yang kerdil.

 

Kata-kata dan nasihat yang baik perlu diberikan kepada pesakit supaya tidak berputus asa kepada rahmat Allah. Bahkan para doktor juga perlu mengingatkan tugas asasi seorang hamba seperti menunaikan solat  meskipun dalam keadaan sakit.

imedik kedah 1

Selain itu juga doktor perubatan juga perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik dan mengamalkan etika kerja yang profesional  sebagai pegawai perubatan seperti yang dituntut Islam. Hal ini kerana, doktor mempunyai aura yang kuat dalam mengesani para jururawat dan pembantu perubatan yang lain.

 

Dalam masa yang sama, Dr Zulkifli turut berkongsi pengalamannya sepanjang karier beliau sebagai pegawai perubatan seterusnya merangkap jawatan sebagai doktor pakar ENT (telinga, hidung dan tekak) di Hospital Sultanah Bahiyyah.

 

Beliau turut  menyeru kepada para pelajar perubatan tahun akhir AUCMS supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam peperiksaan akhir yang bakal dihadapi mereka kelak agar ijazah yang diperoleh mampu mengangkat martabat ummat.

 

Beliau berucap demikian di sebuah majlis solat hajat dan bacaan Yasin yang dianjurkan oleh I Medik Kedah bagi mendoakan pelajar perubatan AUCMS yang bakal menduduki peperiksaan akhir mereka.

Leave a Reply