MENU

Comments (0) Misi Bantuan

Misi #1 I-Medik ke Manek Urai

1 2 3 4 5 6

Kecil sangat apa yang saya bantu melalui I-Medik.

Namun saya hanya ingin menyatakan melalui foto, bahawa saya dan team I-Medik telah cuba sedaya upaya menyampaikan amanah para penderma kepada mereka yang memerlukannya.

Roti yang ‘fresh’ memang habis dalam sekejap sahaja.

2-3 kaum wanita mengusik-usik tatkala mereka dapat tudung yang cantik. Begitu juga bekalan baju dalam dan seluar dalam, antara yang amat diperlukan.

Makanan dan set kebersihan seperti berus gigi, sabun dll memang telah dibungkus kemas dan diserahkan kepada setiap keluarga oleh adik adik Skuad BAKTI PEMBINA yang ditugaskan menyampaikan sumbangan sebegini.

70% kes dikalangan lelaki adalah mengenai kaki yang luka terpijak zink atau paku ketika mengemas.

70% kes juga melibatkan ‘fungal infection’ di bahagian celah jari dan bahagian alat sulit kerana kelembapan akibat meranduk air berhari-hari ”

Selebihnya kes tekanan darah dan gula darah yang tidak terkawal kerana sudah berhari-hari tidak mengambil ubat. Saya nasihatkan mereka mengambil ubat sebelum meneruskan kerja membersihkan rumah. Juga demam dan selsema.

Seorang mangsa bertanya ‘Doktor tak bawa ketip kuku? Saya dah seminggu tak potong. Kuku panjang”

Baru saya sedar perkara sekecil itu sangat besar, ia jadi ‘vicious cycle’ bagi kegatalan kulit akibat jangkitan kuman.

Insya Allah semoga perkara ini dapat diperbaiki dalam misi-misi bantuan seterusnya.


Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

Leave a Reply