IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Misi yg mengajar saya erti kesabaran

2 3 4 5

Makcik Soyah dan Makcik Tibah – the iron lady

Hari ini team I Medik yang dianggotai oleh 7 pegawai perubatan dan seorang farmasi telah memulakan misi bantuan ke beberapa kampung di daerah Lenggong.

Kami ditugaskan ke Kampung Beng yang terletak di persisiran tasik/sungai. Banjir yang melanda kawasan ini berbeza dari Pantai Timur kerana air yang naik adalah disebabkan takungan dari air Empangan Temenggur yang terpaksa dilepaskan. Dalam masa 20 minit air naik dengan begitu cepat dan menyebabkan mangsa2 terpaksa dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Beng.

Sudah 11 hari mereka berkampung di sini. Walaupun mereka kelihatan gembira kerana cukup dari segi makan dan minum tetapi mereka merindui untuk kembali ke kampung halaman mereka. Mereka masih tidak dibenarkan pulang kerana paras air yg belum menurun.

Walaupun tiada rumah untuk dibersihkan kerana air belum surut, kesempatan berbual dengan 2 wanita besi mengajar kami erti kepayahan kehidupan.
Makcik Soyah Cik tinggal di sebuah “pulau” seorang diri dan setiap hari beliau mengayuh perahu untuk ke Kampung Beng bagi pengajian agama. Jika di bulan Ramadan beliau mengayuh perahu di waktu maghrib dan selesai terawih mendayung kembali ke terataknya. Di tanya tidakkah makcik takut jawapan yg pasti darinya adalah Allah dan malaikat menjaganya. Makcik Soyah kehilangan 2 sangkar ikan patin dan ikan merah yang sudah hampir “dewasa” akibat banjir yg melanda. Moga Allah menggantikan apa yg hilang dari Makcik Soyah dengan sesuatu yg lebih baik.

Makcik Tibah juga tinggal di “pulau” dengan seorang lagi anaknya. Beliau baru 3 bulan tinggal di rumah barunya yg dibina oleh PPRT. Tidak dapat digambarkan kegembiraan beroleh rumah sendiri walaupun di usia senja. Orang kata makcik Tibah pindah rumah baru kena ada tikar buat lapik rumah lalu dengan kudrat yg ada Makcik Tibah menganyam mengkuang buat menjadi tikar hamparan rumah barunya. Banjir yg terjadi telah menenggelamkan rumah baru dan tikar barunya. Ketika ditanya Makcik Tibah walaupun perutnya kenyang kerana bantuan makanan yg tidak putus2 di pusat pemindahan hatinya tetap gundah memikirkan kehilangan tempat tinggal. Moga Allah menggantikan apa yg hilang dari Makcik Tibah dengan pahala kesabaran yang berlipat ganda.

Walaupun tiada lumpur yg kami harungi, mungkin keringat yg hilang tidak seberapa namun di harap semua petugas telah dapat menggembirakan mereka yg ditimpa kedukaan dan mengutip pengalaman beharga yang tidak ada nilainya ini.

1

Dr Murizah Mohd Zain

Leave a Reply