MENU

Comments (0) Info Sihat, Utama

Nota kesihatan| Demam denggi

Mutakhir ini, Malaysia dilanda wabak denggi yang boleh menjejaskan kesihatan awam. Dalam artikel ini, Pengerusi Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia (I-Medik) cawangan Johor, Dr Azmir Shaari akan berkongsi beberapa nota-nota penting berkaitan demam denggi.

Definisi

• Sejenis penyakit yang dibawa oleh nyamuk Aedes betina

Cara merebak

• Kes demam denggi berlaku di kawasan tropika
• Manusia yang digigit oleh nyamuk Aedes yang membawa virus denggi, berisiko tinggi untuk mendapat demam denggi. Virus ini dipindahkan daripada nyamuk tersebut kepada manusia semasa proses menghisap darah manusia
• Walaubagaimanapun tanda-tanda/gejala penyakit berbeza mengikut umur dan tahap kesihatan seseorang

Statistik demam denggi di Malaysia

• Merujuk kepada lawan web Kementerian Kesihatan Malaysia, pada minggu kedua tahun 2014 bagi tempoh 5 hingga 12 Januari, sejumlah 1,946 kes demam denggi telah dilaporkan di seluruh negara. Ianya meningkat sebanyak 907 kes (87.3%) berbanding dengan 1,039 kes yang dicatatkan pada minggu sebelumnya. Kes dilaporkan meningkat di semua negeri.
• Dalam tempoh yang sama terdapat dua kes kematian yang dilaporkan berlaku di Perak menjadikan kumulatif kematian kes denggi sehingga kini (tahun 2014) adalah seramai 6 kematian, berbanding hanya 2 kematian bagi tempoh yang sama tahun 2013 iaitu meningkat sebanyak 4 kematian (200%).
• Sejumlah 685 lokaliti wabak denggi dipantau di seluruh negara. Wabak dilaporkan berlaku di 11 negeri iaitu 480 kawasan di Selangor, 62 di WP Kuala Lumpur dan Putrajaya, 45 di Negeri Sembilan, 42 di Johor, 29 di Perak, 8 di Pulau Pinang, 8 Melaka, 6 Sarawak, 2 Sabah dan masing-masing 1 di Kedah dan Kelantan.

Gejala demam denggi

• Sakit kepala
• Demam kuat yang mengejut dan berterusan
• Bintik merah pada kulit
• Merah muka
• Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot, sendi-sendi, biji mata dan kepala
• Pendarahan pada badan, hidung dan mulut
• Hilang selera makan
• Muntah-muntah
• Sakit perut
• Rasa pahit pada lidah
• Lemah dan tidak bermaya

Rawatan demam denggi

• Berjumpa dengan doktor untuk menjalani ujian darah jika mempunyai gejala demam denggi
• Demam denggi yang tidak serius boleh dirawat di rumah. Banyakkan minum air dan mengambil ubat demam (paracetamol)
• Demam denggi yang serius (berdasarkan ujian darah dan gejala-gejala) memerlukan kemasukan ke wad dan dipantau rapi oleh doktor

Cara pencegahan

• Pastikan tiada air bertakung di kawasan kediaman atau gunakan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalam air yang bertakung
• Elakkan diri daripada digigit nyamuk dengan memakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh atau menggunakan bahan penghindar nyamuk (mosquito repellent) pada badan
• Mengelakkan/mengurangkan lawatan ke kawasan yang endemik denggi (kawasan yang berlaku banyak kes demam denggi)
• Membunuh nyamuk di rumah dengan menggunakan racun serangga
azmir
Dr Azmir Shaari
Pengerusi I-Medik Johor

Leave a Reply