MENU

Comments (0) Info Sihat

OBESITI DAN KENCING MANIS

OBESITI DAN KENCING MANIS

Penyakit kencing manis atau Diabetes Mellitus adalah satu penyakit yang tidak asing lagi dalam negara
kita. Statistik 2017 mencatatkan 3.6 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis berusia 18 tahun ke
atas. Malah, statistik menunjukkan seorang daripada dua penduduk dunia menghidap diabetes yang
tidak didiagnosis.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang ke arah peningkatan penyakit ini. Gaya hidup sedentari
dan tidak aktif, faktor pemakanan tidak sihat, peningkatan obesiti dalam masyarakat merupakan faktor
terbesar penyumbang kepada perkara ini.

Kesedaran bermula daripada peringkat individu seterusnya keluarga , masyarakat dan negara perlu
dipertingkatkan. Gaya hidup sihat perlu diamalkan di setiap peringkat. Setiap daripada kita perlu prihatin
dengan index jisim tubuh (BMI) masing-masing.

Index jisim tubuh (BMI) melebihi 30kg/m³ merupakan obesiti kelas pertama. Akan tetapi , terdapat
klasifikasi khas bagi masyarakat Asia yang digariskan setelah mendapati risiko morbiditi meningkat pada
indeks jisim tubuh (BMI) yang lebih rendah dan kajian menunjukkan masyarakat Asia mempunyai
peratus kadar lemak badan lebih tinggi berbanding populasi Caucasian/ Europian.

Menurut klasifikasi yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dalam garis panduan
klinikal obesiti (CPG)2004, index jisim tubuh (BMI) melebihi 27.5kg/m³ sudah termasuk dalam kumpulan
obesiti tahap satu.

Menurunkan berat badan sebanyak 6.8kg menunjukkan penurunan 58% insiden Diabetes Mellitus
(kencing manis). Malah bagi pesakit kencing manis sendiri, dengan penurunan berat badan boleh
mengawal gula dalam badan, dan memberi impak sehingga 15% penurunan Hba1c (indikator kawalan
gula selama 3 bulan).

Imam Hassan Al-banna ada menggariskan salah satu sifat muslim adalah tubuh badan yang sihat
(qowiyyul jism). Tubuh badan adalah amanah daripada Allah. Setiap muslim yang mukallaf
bertanggungjawab untuk menjaga amanah ini, dan akan dipersoalkan di akhirat kelak. Badan yang sihat
akan membantu kita beribadah dengan lebih baik.

Mari kita sama-sama menyahut cabaran di tahun baru 2019 ini, untuk mencapai dan mengekalkan
index jisim tubuh (BMI) yang unggul.

Oleh : Dr Nadhirah binti Muhamad Yusof, aktivis I-Medik

#imedik
#ifitness
#sihatituibadah

PENDIDIKANPESAKIT.MYHEALTH.GOV.MY
Introduction Do you know that more than 70% of diabetics in Malaysia are obese? Obesity and Diabetes Mellitus (DM) link to each other as a…

Leave a Reply