IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Program ‘Say No to Rokok and Vape’

Poster

Sabah 26 Oktober 2015- Program Say No to Rokok & Vape telah dapat dijalankan dengan jayanya di SMK Pulau Gaya, Sabah. Program yang merupakan anjuran bersama oleh I-Medik Sabah dan KRIM Sabah ini telah mendapatkan sambutan yang baik daripada pelajar serta guru-guru sekolah tersebut. Berobjektifkan untuk memupuk kesedaran bahaya rokok dan vape, program ini dibuat dengan harapan agar para pelajar yang merupakan aset masa hadapan negara ini tidak terjerumus ke dalam gejala negatif yang semakin berleluasa di kalangan masyarakat kini terutamanya golongan muda.

Ceramah telah disampaikan oleh Dr Aliff Asyraf yang merupakan Pegawai Perubataan Siswazah di Hospital Queen Elizabeth 2, merangkap aktivis I-Medik Sabah. Peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 3 sekolah berkenaan. Program ini telah menarik minat seramai 100 orang peserta untuk mengisi borang keahlian KRIM.

Pihak pentadbiran sekolah SMK Pulau Gaya telah memberikan feedback yang positif dengan mengalu-alukan KRIM dan I-Medik untuk membuat lagi sebarang program yang berbentuk motivasi atau kerohanian di masa-masa akan datang.

 

Leave a Reply