IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Program ‘Say No To Zina’ dapat sambutan hangat di Kudat

Kudat 24 Oktober РProgram Say No To Zina (SNTZ) telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kudat 2, Kudat Sabah hari ini. Program yang dianjurkan secara bersama oleh I-Medik Sabah dan KRIM Sabah telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Program ini berobjektif untuk menyedarkan mansyarakat terutamanya remaja berkenaan bahayanya kesan zina kepada masyarakat.

Pembentang pertama, Dr. Muhd. Ikmal M. Kamil (I-Medik SABAH) telah memberikan ceramah yang bertajuk, “Dilema Remaja Alaf Baru”.¬†Manakala Ust. Muhd. Amin Ribang (aktivis KRIM Sabah) telah berceramah dengan tajuk, “Zina daripada sudut pandang agama (islam dan agama lain)”

'Dr Ikmal menyampaikan ceramah bertajuk, "Dilema Remaja Alaf Baru"
Dr Ikmal menyampaikan ceramah bertajuk, “Dilema Remaja Alaf Baru”

Seramai 200 orang pelajar daripada tingkatan 1 hingga 6 telah mengambil bahagian dengan sambutan yang amat menggalakkan yang dibuktikan dengan adanya komunikasi 2 hala yang sangat aktif.

Seramai 150 orang pelajar telah mengisi borang keahlian baru KRIM.

Sekolah yang sama akan menjadi tempat karnival kesihatan I-Medik Sabah pada bulan November 2015 nanti.

Pemberian cenderahati kepada penceramah oleh pihak sekolah
Pemberian cenderahati kepada penceramah oleh pihak sekolah
Peserta yang hadir di dalam program 'SNTZ'
Peserta yang hadir di dalam program ‘SNTZ’

 

Leave a Reply