IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Program Sumbangan Hari Raya I-Medik

KOTA BHARU, 11 Julai- Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) telah mengadakan Program Sumbangan Hari Raya I-Medik bertempat di Dun Bunut Payong, Kota Bharu, Kelantan. Program ini merupakan anjuran bersama Yayasan Ikhlas dan Exco Kesihatan Kerajaan Kelantan.

IMG-20150711-WA0035

Sumbangan berbentuk duit dan makanan Hari Raya telah diserahkan kepada 300 keluarga miskin dan 50 pelajar cemerlang yang akan melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh Negara. Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr Ramli Mamat, Exco Kesihatan Kerajaan Kelantan.

IMG-20150711-WA0038

Pasukan I-Medik telah disertai oleh Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, Dr Nujaimin Udin, Dr Aniza Hasan (Naib Pengerusi I-Medik Kelantan) dan 10 orang ahli I-Medik Kelantan.

Menurut Timbalan Pengerusi I-Medik, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, program ini adalah rentetan daripada sumbangan I-Medik kepada masyarakat Kelantan yang ditimpa bencana banjir di hujung tahun 2014.

“Sebelum ini I-Medik telah menghantar 17 kumpulan terdiri daripada doktor ke Manek Urai, Gua Musang, Kota Bharu dan Tanah Merah, selain menyumbangkan RM200,000 dalam bentuk ubat-ubatan,” katanya.

Leave a Reply