IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Psikologi Si Kecil : Ketagih Gadget

Bagaimana nak tukar MASALAH ketagih gadget anak-anak kepada PELUANG mendidik? – 6 tips untuk ibubapa.

Isunya bukan apa yang anak kena buat, tetapi apa yang ibubapa kena buat bersama anak-anak.

Rule dan regulations tidak semestinya datang dari kita. Kita bukan pegawai penguatkuasa, tetapi ibubapa. Bermakna rules dan regulation kita bukan sekadar undang-undang bertulis, tetapi sebenarnya suatu manifestasi kasih sayang, bonding, tarbiyyah dan pembentukan jatidiri anak-anak.

Jadi, bila anak bermasalah dalam penggunaan gadget berlebihan, guna masalah ini sebagai batu loncatan untuk membina anak-anak.

1. Hampiri mereka, tunjuk minat dengan apa yang mereka minat. Tanya games apa, minta mereka cerita (bonding – build alliance rather than enemy). Interest adalah building block paling asas kepada emotional connection.

2. Express your concern dan tanya pendapat mereka tentang concern kita dan mereka (empathy, relate)

3. Negotiate dengan mereka supaya mereka come up with agreed limit setting (berapa lama situasi bagaimana, peraturan) (ajar mereka autonomy)

4. Praise and encourage mereka bila mereka follow rules mereka (positive reinforcement)

5. Provide alternative kepada gadget (replacement behaviour).

6. Ibubapa pun kena tunjuk contoh penggunaan gadget yang sihat, follow rules (modelling)

Kita tak boleh jadi denial dengan menganggap anak boleh hidup tanpa gadget. Kita kena terima hakikat ia adalah sebahagian dari kehidupan generasi ini. Jadi instead of working against them, we work with them untuk memastikan gadget dan anak-anak berada dalam sisi yang menyebelahi kita, bukan sebaliknya.

#psikologisikecil
#DrRozanizam

Leave a Reply