MENU

Comments (0) Aktiviti

Rebut peluang ibadah Ramadhan sihat atau tidak

E-DSC_0837
KUANTAN, 17 Jun – Umat Islam sewajarnya merebut peluang beribadah sepanjang bulan Ramadhan yang dijanjikan pahala berlipat kali ganda walaupun dalam keadaan kurang sihat.
 
Demikian menurut Prof. Dr. Azmi Md Nor, Presiden Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) ketika menyampaikan ucapan perasmian di Seminar Fiqh Ramadhan anjuran I-Medik cawangan Pahang di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Kampus Kuantan baru-baru ini.
DSC_0748
 
Tamah beliau, setiap pesakit dan pengamal perubatan juga perlu mempelajari fiqh ibadah puasa agar dapat menjalani ibadah di bulan Ramadhan yang mulia ini supaya ia tidak berlalu begitu sahaja.
 
Selain daripada itu, menurut Ustaz Zulkifli Embong yang juga merupakan ahli jawatankuasa ISMA mengingatkan para peserta bahawa ibadah puasa adalah fardhu ain dan setiap Muslim perlu mempelajari fiqh puasa tersebut dengan sebaiknya.
 
“Ia merangkumi cara perlaksanaan ketika sihat mahupun ketika sakit.
 
“Kejahilan umat Islam yang berlaku akan membawa kepada tindakan-tindakan yang tidak tepat seperti tidak mendengar nasihat doktor dengan terus berpuasa walaupun sememangnya wajib berbuka.
 
“Ataupun terlalu mengambil mudah dengan menjadikan masalah kesihatan sebagai alasan tidak berpuasa walaupun pada hakikatnya masih mampu berpuasa sekiranya diusahakan,” tambah beliau lagi.
E-DSC_0793
 
Seminar yang diadakan sempena Ramadhan yang akan menjelang ini mendidik semua peserta tentang pentingnya kefahaman yang betul dalam fiqh puasa pesakit dan memberi pencerahan kepada peserta supaya dapat memainkan peranan dengan lebih baik dalam membantu pesakit menunaikan ibadah puasa.
 
Seminar ini telah dihadiri oleh sekitar 100 peserta dan melibatkan peserta dari kalangan para pengamal perubatan seperti doktor, jururawat, pelajar perubatan dan kesihatan serta ahli masyarakat umum.

Leave a Reply