“Road Trip To Thailand”, I-Medik Meluaskan Khidmat Ke Selatan Thailand

19 Mac, NARATHIWAT – Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia melalui cawangannya di Kelantan buat kali pertama meluaskan khidmatnya ke Selatan Thailand melalui program kembara “Road Trip To Thailand”. Selain para aktivis I-Medik, program dua hari satu malam ini turut disertai oleh 20 mahasiswa-mahasiswa daripada Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kota Bharu dan aktivis-aktivis ISMA Kelantan dengan menaiki 6 buah kenderaan.

photo_2016-03-20_18-03-43Bermula di pagi Jumaat, para peserta rombongan dan aktivis I-Medik melangkah masuk ke negara jiran melalui feri di pintu sempadan Pengkalan Kubor-Takbai. Selesai urusan imigesen di pintu masuk Takbai, perjalanan diteruskan menuju ke destinasi pertama iaitu rumah anak yatim Darul Eman di Narathiwat.

photo_2016-03-20_18-03-09Sampai di destinasi, peserta rombongan disambut dengan penuh kemesraan oleh pihak pengurusan rumah anak yatim ini. Menurut penyelia rumah anak yatim Darul Eman, Ustaz Abdullah Yama, rumah anak yatim ini menempatkan seramai 55 anak yatim lelaki yang terdiri daripada pelbagai latarbelakang dan kisah. Ada yang menghuni rumah anak yatim ini kerana kemiskinan dan ada yang kerana bapa mereka mati terbunuh. Walaupun bangunan rumah anak yatim ini agak uzur, tetapi mereka tetap hidup bahagia di sini hasil bimbingan Ustaz Abdullah Yama dan isterinya sebagai pengurus rumah anak yatim ini. Selain itu, mereka turut bersyukur kerana mendapat sumbangan orang ramai untuk menguruskan rumah anak yatim ini seperti barangan makanan dan juga dua buah kenderaan untuk memudahkan penghantaran anak-anak yatim ini  sekolah. Dari segi kesihatan, secara umumnya kesihatan anak-anak yatim ini adalah baik cuma ada di antara mereka yang mempunyai penyakit seperti autism dan penyakit kulit terutamanya ruam (eczema).

photo_2016-03-20_23-09-57Pihak I-Medik turut meluangkan masa beraktiviti dengan anak yatim ini dengan melakukan aktiviti “7 langkah membasuh tangan yang betul” yang didemonstrasikan oleh Pengerusi I-Medik Kelantan, Dr Khairil Afif Bin Mahmud.

photo_2016-03-20_18-02-54Selain menyantuni anak-anak yatim ini, pihak I-Medik turut menyumbangkan beberapa ubatan asas kepada rumah anak yatim Darul Eman. Sumbangan ini diberikan terus kepada Ustaz Abdullah Yama untuk kegunaan anak-anak yatim ini

photo_2016-03-20_18-02-43Selesai beraktiviti dengan anak-anak yatim di Narathiwat, rombongan meneruskan perjalanan menuju ke Yala. Seusai singgah sebentar di Yala, rombongan meneruskan perjalanan ke Pattani untuk menginap di Masjid Taawoon. Selain Masjid Taawoon, pihak rombongan turut melawat kawasan-kawasan bersejarah sekitar Pattani seperti Masjid Grisek yang berusia ratusan tahun untuk menghayati sejarah dan perjuangan kerajaan Islam Pattani di masa yang silam. Selesai dengan aktiviti melawat Pattani, rombongan meneruskan perjalanan pulang sambil singgah di beberapa tempat menarik di sekitar Narathiwat. Akhir sekali, pihak rombongan kembali ke negara melalui pintu sempadan Golok-Rantau Panjang.

photo_2016-03-20_18-01-17Semoga kembara ke Thailand ini dapat memberikan manfaat kepada umat Islam di sana selain menguatkan lagi ikatan ukhuwwah dan jalinan muhibbah sesama umat Islam serantau yang sebangsa dan seagama walaupun dipisahkan oleh sempadan negara yang berbeza.

“Membina Tamaddun Ummah”

-I-Medik Kelantan©-
20 Mac 2016.

Leave a Comment