MENU

Comments (0) Aktiviti

Sehari Bersama Rohingya dan Myanmar Muslim

22.11.19 |

Pertubuhan penggerak masyarakat Malaysia (Penggerak Malaysia) mengadakan program Sehari bersama Rohingya ‘ A day with Rohingyas pada hari ini, 22/11/2019 di Pangsapuri Seri Mas, Seri Kembangan.

Program ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan (I-Medik), Pejabat Kesihatan Daerah Petaling Jaya, Majlis Perbandaran Subang Jaya, Polis Diraja Malaysia Serdang dan Majlis Rohingya Malaysia.

Seramai 100 buah keluarga masyarakat Rohingya disantuni dan diberikan peluang saringan kesihatan percuma, bantuan ubatan ,sumbangan makanan dan keperluan harian.

Memetik ucapan Dr Nor Azyati Yusoff, Setiausaha Agung I-Medik Pusat yang mengingatkan kita semua tentang hadis Rasulullah s.a.w. ” Tidak beriman seorang muslim itu sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri” (Hadis riwayat Al-Bukhari) . Masyarakat Rohingya adalah masyarakat muslim, saudara seakidah kita. Maka kita perlu menyantuni mereka sebaiknya.

Diharapkan agar diadakan lagi program-program seperti ini dimasa akan datang supaya lebih ramai lagi masyarakat muslim yang memerlukan di Malaysia dapat kita berikan bantuan yang sepatutnya.

Ingatlah pesan Allah dalam surah Al-Hujurat ayat 10 ” Sesungguhnya setiap muslim itu bersaudara.”

#imedik
#membinatamadunperubatanislam
#rohingya

Leave a Reply