IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Seminar Ramadhan Motivasi Untuk Sihat

JASIN, 15 Jun – Seminar Ramadhan Motivasi Untuk Sihat telah diadakan di Uitm Jasin pada 15 Jun yang lepas. Seminar yang membicarakan tentang Ramadhan dan hikmah puasa dari segi kesihatan ini telah disampaikan oleh Dr Ammar bin Abdol Hamid, Pengerusi I-Medik cawangan Melaka. Seminar ini diadakan sempena menyambut bulan ramadhan yang akan tiba tidak lama lagi. Seramai hampir 500 orang pelajar telah menyertai seminar tersebut. Menurut Dr Ammar, umat islam seharusnya bersyukur kerana telah disyariatkan oleh Allah untuk melakukan ibadah puasa dengan teknik berpuasa yang dipandu oleh sunnah Rasulullah kerana ianya telah terbukti bermanfaat untuk kesihatan manusia. Puasa bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan malah turut mampu menyihatkan rohani manusia, sekiranya dilakukan dengan betul, mengikut garis panduan yang diajarkan Rasulullah.

IMG-20150619-WA0006

Puasa dilihat dapat membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi, mengurangkan berat badan dan juga merehatkan proses penghadaman manusia yang sebelum ini sentiasa bekerja tanpa rehat.

Walau bagaimanapun, menurut beliau lagi, puasa bukanlah bertindak sebagai ubat untuk sakit sakit tertentu tetapi berperanan sebagai satu cara hidup yang sihat yang wajar diamalkan. Untuk menjaga kesihatan, aktiviti puasa ini sepatutnya mampu mengubah gaya pemakanan seseorang secara beransur dan terus berkekalan walaupun selepas bulan ramadhan juga.

Beliau juga berpesan kepada mahasiswa UITM untuk mengambil peluang bulan Ramadhan sebagai titik permulaan untuk berubah sekiranya mengalami ketagihan merokok atau melihat bahan-bahan pornografi. Masa yang terluang seharusnya dimanfaatkan untuk melakukan sebanyak mungkin ibadah sunat seperti tadarus al-Quran.

Peserta yang hadir rata-rata memberi komen yang baik dan berharap agar sesi perkongsian sebegini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

Leave a Reply