MENU

Comments (0) Kerjaya

Senyumlah dan bersyukurlah anda dipilih menjadi seorang doktor

Alhamdulillah sedar tak sedar sudah masuk 8 bulan bertugas di hospital di tanah air sendiri. Pada mulanya ingatkan “impossible” atau tidak mungkin saya akan “survive” di hospital Malaysia. Bagi kebanyakan pelajar yang belajar di luar negara dan tidak pernah ada pengalaman belajar di hospital di Malaysia, bekerja di Malaysia seolah-olah satu mimpi buruk. Saya sendiri termimpi-mimpi seminggu dua sebelum mula bertugas, tidak dapat bayangkan bagaimana agaknya bekerja di Malaysia.

Lapan bulan berlalu dengan begitu pantas. “Rotation medical” telah berlalu dan kini ortopediks pula. Lagi sebulan di ortopediks, kemudian ke pembedahan pula. Sebulan pertama kerja, memang bukan ‘the best of time’. Mula kerja pukul 7 pagi. “Average” waktu pulang ke rumah dalam 11 malam. Waktu itu, timbul perasaan menyesal menjadi seorang doktor. Mungkinkah saya tersalah pilih kerjaya?  Memang ada terasa di hati mahu “resign”. Kerjaya sebagai doktor rupanya tak seindah yang disangka. Tidak seindah seperti yang kita bayang-bayangkan sebelum ni. Maklumlah, baru kerja, pagi-pagi lagi kene tengking dengan “Medical Officer” (MO), datang “specialist”, kene pula dengan “specialist”. Fakta-fakta “medical” memang banyak tak ingat, cara kerja di Malaysia pula tidak sama dengan di Australia. Bila bertanya sahabat doktor yang lain, rupanya orang lain pun fikir begitu, ada yang terfikir nak kerja di “lab”, nak jadi ahli farmasi, ada yang nak tukar jadi doktor gigi. Saya pula teringin nak jadi suri rumah sepenuh masa.

 

Kini, 8 bulan telah berlalu, sedikit demi sedikit mula menerima hakikat yang saya seorang doktor. Tapi kalau nak difikirkan balik, kalau tidak dapat menerima hakikat pun, saya masih seorang doktor. Tak boleh lari. Saya selalu teringatkan kata-kata seorang doktor yang bekerja di Adelaide, Australia

“Whether you like it or not, you’ll be stuck in this profession for at least 20-30 years, so might as well like it, and enjoy it. Kalau kamu “enjoy” pun kamu seorang doktor, kalau kamu tak “enjoy” pun kamu tetap seorang doktor, baik enjoy kalau macam tu, daripada terseksa emosi dan mental.”

Kata-kata doktor tersebut selalu berulang-ulang di fikiran sewaktu menjalankan tugas di hospital, walaupun memang sukar untuk “enjoy” kerjaya dalam keadaan yang mencabar emosi dan fizikal. Maklumlah,  Ia bukan kerjaya ‘fancy’. Tidak ada pejabat, tidak ada meja sendiri yang kita boleh hias-hias dengan alat tulis dan gambar keluarga. Tidak ada ‘outstation’ di hotel-hotel. Kebanyakkan perkara yang berlaku sepanjang saya bergelar doktor adalah perkara yang tidak disukai ramai, kene tengking, tak tidur malam, balik lewat dan tak dapat bermain dengan anak, penat berjalan ke hulu dan kehilir, naik turun tangga, kadangkala boleh jadi terpaksa berdepan dengan perkara menjijikkan (“direct contact” dgn specimen air kencing, najis, kaki pesakit berulat, kene muntah pesakit dan lain-lain).  Apakah semua ini? Begini rupanya menjadi seorang doktor. Dulu tiada ada pula orang sebut tentang semua ni. Sebelum ni, yang kita dengar tentang kerjaya sebagai doctor, indah-indah belaka.

Bagi setiap penyakit, tentu ada penawarnya. Begitu juga dengan “penyakit” tak mahu menjadi seorang doktor ini. Saya percaya bukan saya seorang saja yang berpenyakit seperti ini. Memandangkan ramai lagi yang bakal bergelar seorang doktor, saya ingin berkongsi bagaimana saya “counter- act” fikiran-fikiran negatif dalam fikiran saya sepanjang bergelar seorang doktor di Malaysia. Bukan apa, sepanjang saya bertugas ni belum pernah bertemu dengan rakan doktor yang memang suka jadi “houseman”. Mungkin sedikit sebanyak boleh bantu saudara dan saudari.

  1. Bagi mengatasi masalah sedih, dan “down-graded” selepas dimarahi/ ditengking bos.  fikirlah bahawa seperti di dalam hadith yang kita pelajari, orang yang tak dapat mengawal marah itu adalah selemah-lemahnya manusia. Satu lagi, bagus juga kene marah, dapat belajar. Tak apa kena marah asalkan pesakit kita selamat.
  2. Bagi mengatasi masalah penat oncall semalaman, ‘patient’ tak berhenti masuk, “zero sleep” semasa oncall- bayangkan bagaimana sewaktu Sultan Muhammad Al-Fatih mengarahkan tentera-tenteranya mengangkat kapal dari hujung bukit ke hujung bukit dalam satu malam, dan pada paginya pula sambung perperangan, pastinya mereka juga mendapat “zero sleep”, no pain, no gain.
  3. Bagi mengatasi masalah sedih meninggalkan anak di rumah- tidak semestinya lagi banyak masa kita luangkan untuk anak bermaksud lebih baik, yang penting adalah keberkatan waktu kita bersamanya. Disini, saya sarankan banyakkan berdoa untuk tabahkan hati. Saya juga sarankan bakal doktor dptkan rumah dekat dengan hospital supaya boleh balik tengahari. Saya kerap pulang ke rumah pada tengahari walaupun hanya balik setengah jam sahaja.
  4. Bagi mengatasi masalah takutkan sesetengah doktor yang dikatakan garang, terutamanya bila dialah yang menjadi MO kita ataupun ditakdirkan kita akan oncall bersamanya- fikirlah bahawa sebagai seorang islam, kita tak dibenarkan takut kepada makhluk lain selain Allah. Kalau MO tersebut kuat marah, dialah selemah-lemah manusia. Kita patut bersyukur tak menjadi seperti MO tersebut. Tapi kena ingat juga, kalau memang kita yang salah, ambilah pengajaran.
  5. Untuk mengatasi masalah menyesal menjadi seorang doktor- percayalah bahawa setiap yang berlaku pada saat ini adalah yang terbaik buat kita, tiada yang lebih baik. Lagipun, kalau kita hayati kerjaya ini, memang banyak mutiara-mutiara, pengajaran-pengajaran yang kita boleh kutip sepanjang bekerja. Ada satu malam saya on-call, 4 pesakit meninggal malam tu, saya kena “attend”. Saya ambil peluang itu untuk muhasabah tentang kematian. Setiap pesakit ada cerita masing-masing, tidak semuanya manis. Ini peluang untuk kita bergaul bersama mereka, saya ambil peluang ini untuk bergaul dengan masyarakat dan selami hati mereka dan masalah mereka untuk mendapatkan gambaran keadaan masyarakat kita masa kini.

Sekian dulu sedikit perkongsian dari saya yang baru setahun jagung di dalam profesion ini. Kesimpulannya, bagi bakal-bakal doktor, terutamanya graduan luar Negara, tahniah, anda bakal menjadi seorang doktor. Jadi senyumlah dan bersyukurlah dengan kenyataan tersebut. Itulah yang terbaik buat anda.

Oleh Dr Ruzaini Adam

Leave a Reply