Simposium Fiqh Perubatan Negeri Sembilan 2014

fiqh n9

Seremban, 22 jun 2014 – Simposium Fiqh Perubatan 2014 anjuran Ikatan Pengamal Perubatan Malaysia (i-Medik) cawangan Negeri Sembilan dengan kerjasama Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) dan Badan Hal Ehwal Agama Islam (BHAEIS) HTJS telah menghimpunkan seramai 200 pengamal perubatan dan kesihatan dari pelbagai bidang.

Bertemakan “Etika dan Prinsip Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim”, simposium ini telah diadakan di Auditorium Gemilang, Hospital Tuanku Jaafar Seremban. Simposium ini telah dirasmikan oleh pengarah HTJS, Dato Jaafar Che Mat . Dato Jaafar mengatakan bahawa pengamal perubatan dan kesihatan adalah salah satu peranan penting dalam membentuk masyarakat.

Program berbentuk sehari ini bermula dengan plenari yang pertama bertajuk “Single Parent: Etika Doktor Muslim Dalam Berhadapan Kandungan Luar Nikah”. Saban tahun kes kelahiran anak luar nikah semakin meningkat dan cara penyelesaian melalui alat pencegah kehamilan mungkin berkesan tetapi tidak akan mengurangkan penzinaan. Dr.Zubaidi Haji Ahmad, Pegawai Perubatan,Kumpulan Perubatan Penawar SDN BHD mengatakan bahawa cara terbaik adalah berdakwah kepada remaja tersebut dalam bentuk menunjukkan kasih sayang dan prihatin kepada mereka.

Bersalin di rumah atau lebih dikenali dengan home delivery adalah salah satu situasi yang semakin popular di kalangan para wanita. Mereka lebih menginginkan privasi dan di kelilingi oleh keluarga semasa proses bersalin. Tetapi situasi di Malaysia home delivery tidak digalakkan. Plenari kedua yang bertajuk “Home Delivery, Natural Birth” yang disampaikan oleh Prof.Madya Dr. Sharifah Sulaiha Syed Zainal menyarankan agar pengamal perubatan memberikan servis terbaik supaya pesakit berasa selesa apabila bersalin di hospital.

fiqh n9 2
Simposium ini diteruskan dengan plenari ketiga yang bertajuk “Procine vs Bovive” yang disampaikan oleh Prof. Dr. Azizi bin Ayob. Beliau menerangkan tentang bagaimana status sesuatu ubat itu dikatakan halal.

Majlis diteruskan dengan plenari yang terakhir oleh Mejar Nadzri Musman yang bertajuk “Thaharah Dan Solat Pesakit”. Isu ini membincangkan kes-kes yang biasa berlaku dikalangan pesakit seperti “burning patient”. Dalam apa jua keadaan, sebagai pengamal perubatan muslim hendaklah memastikan dan memudahkan pesakit untuk melaksanakan solat. Di dalam sesi ini juga, para peserta di tunjukkan panduan solat pesakit. Islam itu mudah dan tidak membebankan.

I-Medik negeri Sembilan mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua peserta Simposium Fiqh Perubatan 2014, para penceramah dan juga ahli jawatankuasa pelaksana. Semoga simposium ini memberikan manfaat kepada semua peserta yang hadir.

“Membangun Tamadun Perubatan Islam”

Leave a Comment