IMEDIK

MEMBANGUN TAMADUN PERUBATAN ISLAM

Steroid (Dexamethasone) dan Lee Chong Wei: Fakta

Fakta Steroid (Dexamethasone)

Steroid, dexamethasone atau kategori Glucocorticoid adalah antara salah satu dari 10 kategori dadah yang terlarang (performance enhancing drugs) untuk athlete menurut WADA (World Anti-Doping Agency). Dadah jenis ini terlarang kerana ianya memberi kesan ‘improve in performance’ sewaktu pertandingan dijalankan. Namun begitu steroid ini dibenarkan diambil diluar waktu pertandingan (out-of-competition) untuk tujuan rawatan dan pemulihan.

Steroid (salah satu contoh ialah dexamethasone) sangat popular dikalangan athlete terutama mereka yang mengalami kecederaan dan perlukan pemulihan yang cepat. Walaupun dadah lain masih boleh digunakan sebagai ‘analgesic’ atau ‘anti-inflammatory agent’, sifat ‘pharmacokinetic steroid’ sangat membantu mereka untuk pulih seperti sediakala. Dadah ini boleh diambil melalui oral, injeksi systemic melalui Intra-venous or intra-muscular (IM), atau melalui salur dubur (rectal).

Fakta Doping Datuk Lee Chong Wei (LCW)

LCW mengesahkan menerima injeksi dexamethasone pada 18 July iaitu lebih dari 40 hari sebelum sampel urine diambil oleh pihak anti-doping. Sampel urine sebanyak 90 ml telah dikutip dan dibahagikan kepada botol A (60 ml) dan botol B (30 ml) pada 30 August. Sebelum sampel itu diuji, LCW juga mengesahkan pada 15 Ogos, sampel urine beliau ‘out of competition’ adalah bebas dari kandungan steroid. Ujian doping pertama keatas sampel A telah menunjukkan adanya Dexamethasone (DXM) dan ujian kedua keatas sampel B yang diambil pada 30 Ogos, dan diuji pada 5 November juga membuktikan adanya ‘trace DXM’.

Fakta Pharmacokinetics dan pendapat saya:

1) Profil pharmacokinetic menunjukkan DXM dinyahaktifkan (metabolism) di hati dan setelah kadar penyerapan lebih dari 70% ke sistem darah. Tempoh half-life ialah 190minit dan excrete sebanyak 65% melalui urine. Ini bermaksud dalam tempoh 10 hingga 14 hari paras DXM seharusnya sudah kembali ke normal atau tidak lagi terdapat dalam darah (plasma) atau urine.

2) Persoalannya kenapa setelah lebih 40 hari, ‘trace’ DXM masih boleh didapati (detected) dalam sampel urine beliau? Saya masih berfikir rationalenya.

3) Secara logik sains, sampel B akan positif sebagaimana sampel A kerana berasal dari sumber dan tarikh yang sama kecuali DXM boleh larut sehingga tidak terdeteksi. Ini tidak mungkin berlaku.

4) Antara kemungkinan yang perlu difikirkan ialah;
(1) Adakah metabolasi DXM pada kadar yan gperlahan sehingga selepas 14 hari masih tidak mampu dicernakan oleh badan beliau;
(2) Dos DXM yang beliau terima pada 18 Julai pada dos yang lebih tinggi sehingga berlaku ‘deposition of DXM’ ke tisu-tisu badan terutamanya Adipose tissue;
(3) Ada kemungkinan beliau tidak sengaja mengambil ‘steroid’ yang berasal dari tumbuhan selain dari herba;
(4) Kadar deteksi sampel urine oleh pihak anti-doping mampu membuat low level of Quantity (LLOQ) yang lebih rendah sehingga paras sedikit masih mampu dilakukan. Walaubagaimanapun, makmal anti-doping adalah sangat ‘comply’ kepada international standard.

Namun begitu, harap pihak kementerian belia & sukan (KBS) serta LCW bersabar dan teruskan tindakan susulan dimana pihak KBS boleh membuat rayuan untuk melihat semula kesemua procedure anti-doping ini dijalankan dengan sempurna.

Oleh:
Prof Dr Azizi Ayob
Setiausaha Agong I-Medik

Leave a Reply