MENU

parenting
Tag Archive

754

Anakku Kunin!

Info Sihat

09/03/2018

Hari tok kamek mok kelaka sikit bab penjagaan bayi baru lahir.

Kitak tauk sik, baby kuning tok normal jak..

Yang penting kitak mesti datang klinik mbak anak kecik check level kuning ikut tarikh yang doktor berik. Mun level kuning ya tinggi gilak pandei la doktor ya polah apa yang patut. Mun level kuning biasa-biasa jak, jangan la bingung sampei sik dapat tido.

Sik perlu mandi baby dengan daun pelik-pelik atau berik baby minum aek susu kambing fresh. Oo tedah!

Jangan beri baby baru lahir minum air suam dan sik perlu jemur baby kitak dibah matahari. Kelak sunburn baby kitak! Hahah.

Kat sitok ada 3 benda yang kitak mesti tauk mun nak jadi mak bapa yang jaga baby kunin.

1. Kuning ya disebabkan hati baby yang belum matang. Normal jak ya baby baru lahir ada kuning sikit.

Tapi doktor akan bingung mun kuning tinggi gilak dalam 7 hari pertama, sebab sebelum umur baby 7 hari sik ada barrier. Ish, susah mok padah apa barrier ya. Nya macam penghalang, tembok atau pelindung, antara salur darah dan otak. Jadi mun kuning ya tinggi, nya boleh terus masuk ke dalam otak dan menyebabkan kecacatan kekal macam cerebral palsy, pekak dan lain-lain.

Sebab ya lah baby belum 7 hari doktor mala jak mok ambik darah test kuning ya. Bingung nya anak kitak ya kelak kurang sihat.

2. Kuning ya juak sik dapat hilang dengan mandi-mandi dengan daun herba sebab kuningnya di dalam darah. Adoi.

Sebab ya lah doktor suruh beri baby nyusu banyak sampei berak lebih 7-8 kali sehari dan berkemeh banyak supaya kuningnya turun.

Kuning tok maksudnya, nya ada bilirubin yang tinggi dalam darah. Bilirubin ya adalah bahan buangan, jadi dengan berak dan kemeh jaklah nya boleh cepat turun.

3. Paling teruk mun beri baby kitak susu segar bukan berasal dari ibu-ibu.

Subhanallah semput dada kamek tok. Kitak tauk sik baby tok organ-organnya banyak belum matang dan belum ada daya tahan macam org besar. Tauk sik ususnya masih belum boleh terimak benda asing selain susu maknya.

Tok susu segar (kononnya) dah la sik dimasak, banyak bakteria gik ya. Boleh rosak usus anak baby kitak!

Selain ya, kamek perasan baby sik sampai seminggu dah beri susu formula. Banyak sidak macam ya. Aduh sik bingung ka perut baby kitak? Terit jak kita tapal perutnya supaya sik kembong tapi lekak ya berik gik susu formula dengan nya. Sik patut macam ya!

Kamek paham ada ibu yang susu badan memang sik ada, dah usaha macam-macam. Ya boleh la beri susu formula, tapi dengan syarat yang ketat. Susu formula bukan pemudah urusan. Eh susahlah nak nyusu lama-lama, senang-senang beli jak susu formula. Mesti kitak sik sangka camne cara penyediaan sebenarnya.

Cara bancuh susu formula (setiap kali nak berik, sik kira la 2 jam sekali ka, tengah malam ka, tok yang perlu dipolah mun anak kitak belum sampai umur 6 bulan):

  1. Didihkan air sehingga menggelegak 100 darjah Celcius
  2. Rendam botol, puting dalam air dan panaskan hingga menggelegak
  3. Masuk susu dalam botol ikut sukatan
  4. Tuang air panas yang menggelegak dalam botol ikut sukatan
  5. Kemudian goncang tanpa memegang hujung puting
  6. Sejukkan botol susu di pili air sehingga susu suam (kena test di kulit sendiri) tanpa hujung puting terkena kulit.
  7. Baru baby dapat minum.

Jangan – Jangan – Jangan bancuh susu dengan air suam!

Baca pun lelah nak?  Kitak mesti polah macam ya setiap 2 jam mun baby kitak minum 2 jam sekali. Payah sik? Mun tengah malam pun kitak mesti polah kedak ya juak.

Tok pun bukan guideline yang lengkap. Mun diikut benar-benar guideline cara bancuh susu formula, lagik susah. Kamek tulis yang paling penting dan asas jak tok.

Harap paham la oh, mun sik paham boleh tanyak dengan misi/doktor kitakorang di klinik kesihatan.

 

Doktor kitak,
Dr Asmah bt Esa
Klinik Kesihatan Kota Sentosa
I-Medik Sarawak

Read article