MENU

Comments (0) Misi Bantuan

TSUNAMI MANEK URAI & KG LEBIR, KG PAPAN ‘Year-end sale’ – Antara 2 darjat!

Kita sering dipromosikan ‘year-end sale’ setiap akhir tahun atau sewaktu musim perayaan. Namun tujuan ‘Year-End sale’ berbeza jika anda berada bersama saya dan team I-Medik di ‘Ground Zero’ Kg Lebir dan Kg Papan, Gua Musang.

Paras Air 50 kaki:
Mereka perlukan bantuan segera berbentuk pakaian keperluan asas akibat banjir besar melanda kampung dan kawasan. Kampung Lebir telah dinaiki air sehingga hampir 50 kaki. Ya 50 kaki, yang sememangnya lebih dasyat dari sejarah banjir 1967 dan 1971.
Kita selalu ‘bershopping’ bukan untuk keperluan, kadang-kadang menambahkan stock ‘kemewahan’ yang telah ada di rumah masing-masing. Ya, itulah hakikatnya.
Tazkirah/Peringatan:
Ini bentuk peringatan untuk diri saya dan keluarga juga. Kita susah. Mereka di ‘Ground Zero’ jauh lebih susah. Tidak mampu saya gambarkan. Cukuplah photo dibawah meneceritakan segalanya.

3 2 1 4

Catatan 3:
Dr Azizi Ayob, I-Medik
Kg Lebir & Kg Papan, Gua Musang

Leave a Reply