MENU

Comments (0) Misi Bantuan

TSUNAMI MANEK URAI & KG LEBIR Mereka Tiada Apa-Apa, Kita ?

“Pokcik tak balik?” “Buat po balik, rumah tak dok”, “Kenapo tak dok”, “Rumoh hile (hilang)”, “Hilang mana pokcik”, “air boh semale, tak tahu mano….”

1 2 4 5

Perbualan ringkas dengan salah seorang pesakit yang datang dalam keletihan ke Mobile Clinic I-Medik di station keretapi Manek Urai semalam. Mungkin pakcik ni tidak arif teori psychology, punca ‘stressor’, ‘post-tragedy or disaster trauma’ dan lain-lain terminology canggih. Namun mereka berhadapan dengan tragedy yang meragut keperluan asas kehidupan bukannya kemewahan bagi sesetengah kita.
Adakah mereka tidak tertakhluk pada terminology tersebut dek kerana banjir besar berlaku jauh dari bandar bandar besar? Apakah istemewanya mereka sehingga masih kelihatan ’emotional stable’ akibat banjir ini?
Street Smart
Pada saya, mangsa banjir tersebut adalah ‘street smart learner’. Yakni mereka berhadapan dengan bencana alam sebagai satu ketentuan dan sering berkomunikasi dengan sang ‘Khaliq’, Allah SWT Maha Pencipta. Mereka, manusia biasa pasti bersedih, semacam kita juga, sekalipun tidak bermewah, mereka berhak untuk hidup seperti kita. Kita? Kemewahan melampau dan pembaziran? Kejadian bah besar ini satu terapi yang ‘hidup’ untuk diri saya.
Alam dan Ujian Sebagai Terapi

Saya mengajar pelajar perubatan IMU (International Medical University) aspek teori dan praktikal dalam ‘Pharmacotherapy’. Tapi, saya tidak mampu mengajar praktikal terapi ini kerana saya tidak ‘graduate’ dari sekolah alam ini. Namun saya percaya, pengalaman singkat menelusuri beberapa kampung yang sangat terjejas teruk, berkomunukasi dengan mereka yang menyabung nyawa untuk hidup, mereka yang meminta beras untuk makan, mereka yang meminta ubat untuk mengurangkan kesakitan….itu terapi yang saya belajar dari ‘alam’ dengan ujian yang Allah turunkan ini.
Prof Dr Azizi Ayob
Kg Lebir
Kuala Krai

Leave a Reply