𝙄-𝙈𝙚𝙙𝙞𝙠 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙤𝙡𝙞𝙙𝙖𝙧𝙞𝙩𝙞 𝙗𝙚𝙧𝙨𝙖𝙢𝙖 𝙥𝙖𝙧𝙖 𝙙𝙤𝙠𝙩𝙤𝙧, 𝙟𝙪𝙧𝙪𝙧𝙖𝙬𝙖𝙩 𝙨𝙚𝙧𝙩𝙖 𝙥𝙚𝙣𝙜𝙖𝙢𝙖𝙡 𝙥𝙚𝙧𝙪𝙗𝙖𝙩𝙖𝙣 𝙡𝙖𝙞𝙣 𝙙𝙞 𝙂𝙖𝙯𝙖, 𝙋𝙖𝙡𝙚𝙨𝙩𝙞𝙣.

World Health Organization (WHO) melaporkan setakat 12 November 2023, sekurang-kurangnya 521 orang, termasuk 16 pekerja sektor perubatan telah terkorban dalam 137 serangan oleh tentera Israel ke atas fasiliti kesihatan di Gaza.

1. I-Medik sebagai badan NGO perubatan menyeru NGO perubatan di Malaysia yang lain seperti Malaysian Medical Association (MMA), Persatuan Jururawat Malaysia dan lain-lain agar turut bersolidariti bersama para doktor dan jururawat di Gaza.

2. I-Medik menggesa badan-badan seperti International Committee of the Red Cross (ICRC) dibenarkan masuk ke dalam Gaza untuk menjalankan peranan mereka memberi bantuan perubatan dan kesihatan di tempat bergolak seperti mana ICRC telah dibenarkan masuk ke Ukraine semasa awal perang Rusia-Ukraine.

3. I-Medik menggesa dan mendesak kerajaan Mesir untuk membuka sempadan dan pintu masuk di Rafah supaya bantuan perubatan yang tersekat di sana sebegitu lama dapat dibenarkan masuk ke Gaza.

4. I-Medik menggesa kerajaan Malaysia dan wakil kerajaan di Majlis Keselamatan PBB untuk mendesak agar dihentikan pembataian orang awam serta memelihara fasiliti-fasiliti perubatan, sejajar dengan undang-undang antabangsa dalam perlindungan hak kemanusiaan.

5. I-Medik mendesak badan antabarangsa WHO memberi respons yang sama untuk konflik di Gaza ini, seperti yang WHO telah berikan kepada Ukraine semasa perang Ukraine-Rusia pada 2022, di mana WHO telah menghantar bantuan perubatan, menghantar para pengamal perubatan dan kesihatan masuk serta membuat kerjasama dengan doktor tempatan.

6. I-Medik menegaskan para pengamal perubatan dan kesihatan di Gaza wajib dilindungi, sejajar dengan undang-undang antarabangsa.

7. I-Medik menggesa pencerobohan tentera-tentera Israel Occupation Force (IOF) di fasiliti-fasiliti kesihatan di Gaza dihentikan serta-merta dan membenarkan bantuan kecemasan makanan, perubatan disampaikan kepada petugas serta pesakit-pesakit di hospital di Gaza.

8. I-Medik sebagai salah satu anggota dalam Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP) menggesa supaya 9 tuntutan-tuntutan GSPP itu dilaksanakan.

Datuk Dr. Hj. Mohamed Hatta bin Mohamed Tarmizi
Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G)
Timbalan Presiden I-Medik

Leave a Comment