Awas, 1 daripada 4 orang pelajar mempunyai masalah penglihatan!

80% dari proses pembelajaran dalam kelas menggunakan sistem penglihatan. Sistem penglihatan yang baik memastikan murid sekolah dapat belajar dengan berkualiti dan sempurna.

Gangguan pada sistem penglihatan menghadkan seseorang kanak-kanak itu untuk memaksimumkan prestasi mereka dalam pembelajaran. Kajian menunjukan 1 dari 4 orang pelajar mempunyai masalah penglihatan yang cukup signifikan untuk mempengaruh pembelajaran mereka.

Terdapat 17 kemahiran penglihatan yang memainkan peranan penting untuk seseorang itu berjaya dalam pembacaan, menulis, bersukan, dan hampir semua aktiviti persekolahan.

Ujian ketajaman penglihatan sahaja tidak memadai untuk memastikan kanak-kanak dapat menjalani proses pembelajaran yang berkualiti dan optimum. Sistem penglihatan, pemprosesan penglihatan, koordinasi, dan lain lain kemahiran penglihatan juga perlu dinilai.

Dapatkan pemeriksaan penglihatan dengan lanjut bagi mengelakan perkara bergini berlaku. Ramai yang kita jumpa mereka yang mempunyai masalah begini pada usia tamat sekolah. Sedangkan jika pemeriksaan awal dilakukan, kehidupan mereka di zaman persekolahan lebih bermakna dan berkualiti bersama kawan kawan dan guru.

Bertindak segera agar kehidupan mereka di zaman persekolahan lebih baik.

Zaman persekolahan ini hanya sekali dan tidak dapat diputar kembali jika dah berlalu.

Muhammad Zubair Mohammad Suhaimi
Pegawai Optometri/Ketua Sektor Sains Kesihatan Bersekutu I-Medik

Leave a Comment