Comprehensive Circumcision Workshop 2023

Pada 28 Mei 2023 telah berlangsung satu program anjuran Medicare Osh Sdn Bhd dengan kerjasama Klinik Amani, U.N.I Klinik Southville City, Malaysian Medical Aid Society dan I-Medik di Hotel Tenera, Bangi seawal jam 8.00 pagi sehingga 6.00 petang.

Pada sebelah pagi dijalankan bengkel berkhatanย  bertujuan untuk melatih doktor-doktor, pegawai perubatan, jururawat dan pengamal perubatan untuk melakukan khatan dengan cara yang selamat.

Peserta yang terlatih berpotensi untuk digarap bagi misi sunathon di sekitar Selangor dan di kawasan pedalaman seperti di Sabah dan Sarawak.

Latihan dan program ini telah disampaikan oleh Professor, doktor pakar dan pengamal perubatan yang terkenal dan terlatih dari seluruh Malaysia.

Dr Muhammad Irfan bin Muhamad Salmi dari I-Medik trut dijemput untuk menyampaikan penerangan kepada peserta mengenai sejarah bermulanya khatan, anatomi dan fisiologi berkaitan khatan dan Teknik Guillotine Cautery.

Program ini turut menaja 30 golongan asnaf,fakir miskin dan anak yatim untuk berkhatan secara percuma.

I-Medik telah menghantar sukarelawan untuk menguruskan perjalan program ini dan menguruskan prosess berkhatan untuk adik-adik peserta khatan.

Sekitar luar bengkel turut diadakan reruai yang boleh dikunjungi dan I-Medik turut membuka reruai dan membuka peluang kepada pengamal perubatan yang berminat untuk menyertai sebahagian daripada ahli I-Medik.
Program ini telah dirasmi dan dilancarkan oleh YBhg. Tuan Ahmad Azri Zainal Nor, Ketua Jabatan Tanggungjawab dan Korporat Negeri Selangor.

Leave a Comment