“Doktor, bagaimana saya boleh hindari ketagihan alkohol?”

Tinjauan Kesihatan Kebangsaan pada 2017 mendapati 37.7% daripada remaja memperolehi minuman keras daripada ahli keluarga, manakala 33.3% remaja dilaporkan kali pertama mencuba minuman keras ketika berusia antara 12 dan 13 tahun.

Apakah itu ketagihan alkohol?

Penyalahgunaan alkohol menyebabkan seseorang terlalu bergantung kepadanya sepanjang masa.
Bilakah seseorang itu disyaki mengalami ketagihan alkohol?

  1. Keinginan yang teruk atau gian untuk minum alkohol
  2. Gagal untuk berhenti dari terus minum
  3. Gejala fizikal (berketar, berpeluh dan loya)
  4. Perlu meningkatkan jumlah alkohol yang diminum
  5. Meneruskan tabiat minum walaupun mengalami banyak masalah yang diakibatkan oleh alkohol

Bagaimana anda boleh menghindari dari alkohol?
Sebagai seorang doktor, saya menasihati anda supaya mengambil berat terhadap beberapa perkara seperti;

  1. Mengamalkan gaya hidup sihat
  2. Berkemahiran untuk menangani stress dan masalah yang dihadapi
  3. Jauhi dari rakan yang mengambil alkohol
  4. Isikan masa sepenuhnya – Ambil bahagian dalam sukan, mulakan satu program senaman atau hobi, mengambil bahagian dalam aktiviti sosial yang berfaedah
  5. Jangan menerima pelawaan untuk mencuba alkohol walaupun untuk sekali sahaja
  6. Jauhi dari tempat yang boleh menggalakkan pengambilan alkohol seperti bar, kelab malam, disko dan sebagainya.
  7. Mempunyai kemahiran/kebolehan bagi menangani masalah termasuk semua yang tertera di atas
  8. Apakah yang boleh anda lakukan jika anda mempunyai masalah alkohol?
  9. Dapatkan pertolongan secepat mungkin
  10. Berbincang dengan orang dewasa yang boleh dipercayai (ibubapa, doktor, kaunselor sekolah dan sebagainya) atau seseorang yang boleh memberi sokongan

Mari kita sokong Kempen Malaysia Sejahtera Tanpa Arak.

Ikhlas daripada saya,
Dr. Suhayl Musauddin
Pegawai Perubatan Psikiatrik Hospital Tuanku Jaafar
Aktivis I-Medik

Leave a Comment