Golongan Remaja Antara Fokus Modul HealHer – Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar

NILAI, 07 Oktober 2022 – Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar memaklumkan bahawa golongan remaja adalah antara golongan yang menjadi fokus pelaksanaan ‘HealHer Bantuan Asas Psikologi Untuk Wanita’.

Menjelaskan dengan lebih lanjut, beliau berkata antara langkah untuk memfokuskan kepada golongan remaja adalah mewujudkan bengkel-bengkel bagi membantu golongan tersebut dengan cara yang betul.

Beliau memaklumkan ketika ini modul HealHer adalah terbuka kepada umum seperti portal atas talian dan media bertulis, namun memfokuskan golongan muda adalah satu cabaran buat pihak beliau sendiri untuk menterjemahkannya dalam bentuk yang anak muda suka dan sampai kepada mereka.

Justeru, fokus juga akan diberikan kepada generasi mengikut umur mereka dan mewujudkan modul yang lebih dekat dengan golongan remaja kerana banyak perkara perlu diambil perhatian, jelas Profesor Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Dalam sidang media majlis pelancaran modul HealHer tersebut juga, beliau memaklumkan bahawa tunjang utama modul ini adalah dua NGO iaitu Ikatan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (i-Medik) dan Pertubuhan Ikatan Wanita Antarabangsa bagi Institusi Keluarga dan Pendidikan Berkualiti (WAFIQ) yang meneraju kluster Jabatan Pembangunan Wanita.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali memaklumkan bahawa kanak-kanak dan remaja di Malaysia mengalami beban kesihatan mental yang teruk.

Jelasnya, biarpun kira-kira 424,000 kanak-kanak Malaysia mengalami masalah mental, namun tidak ramai yang tampil untuk mendapatkan bantuan.

Sumber daripada samudera.my

Leave a Comment